:: KULIAH MAGHRIB ::
:: KEREDHAANMU ::
Meskipun ku ulangi dosa noda
Tuhan,Jangan Kau palingkan hati ini
:: INSAF ::
Hati hiba mengenangkan..dosa-dosa yang ku lakukan...Oh tuhan yang Maha kuasa..terima taubat insan berdosa...Ku akui..kelemahan diri..ku insafi kekurangan ini...ku kesali kejahilan diri ini..terimalah taubatku ya Rabb...:-(
:: 2 EKOR BURUNG ::
:: REMPIT ::
:: Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..::
Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur..Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.Persepsi Diri Yang Salah .
Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'autoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam,ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain, diri perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama. Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu. Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas.
Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi,politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri.
Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja..ALlah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah adas ebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran: 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah Umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.
Menasihati bukan satu cara sahaja.Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya) .
Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusiakepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan.Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong,lidahnya tidak celupar menuturkan kata.Tentulah wahai SAHABAT, ALlah tidak melihat kepada natijah kepada usaha.Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.Marilah sahabat, tiada ruginya kita berbuat kebaikan..
::Solat Sunat....::
Alhamdulillah..2 slot jer yang ana sempat pi kursus hari ini..nampak macam biasa…kursus solat…bila da pi..baru rasa banyaknya perkara baru yang dapat…teringat kata2 sorang sohabiah…
“Walaupun dah biasa pi kursus camni, tapi kita akan dapat juga perkara baru yang kita tak tau sebelum ni…”
Satu point yang ana cukup tertarik yg disampaikan oleh ustaz rosli… “kenapa kita tidak simplekan solat sunat yang dibuat…sebagaimana Rasulullah, seorang pemimpin..jauh lebih sibuk lagi dari kita..tapi, baginda tidak ketinggalan untuk melaksanakan solat2 sunat..” Fikir2 balik..ada betulnya cakap ustaz rosli, kekadang kita yang rasa solat sunat tu merugika masa…fikiran pun dah kate payah…tak sempat nak buat, sebab takut tak sempat nak buat perkara lain…macam2 gangguan syaitan bermain difikiran kita…
Satu cerita lagi yg ustaz bgtau…dr wahbah zuhaili..seorang tokoh terkenal dalam Islam yang menghasilkan kita2 fiqh, berjilid2..ustaz tegur dia, “camne enta tulis buku…sedangkan tiap2 hari ada je jemputan…(jemputan pulak bukan jemputan biasa…berhijrah ke sebuah Negara ke Negara yang lain)…masa mane enta tulis buku yng berjilid2 tu…?” Kata dr wahbah, “ ana habiskan 1/3 hari ana untuk ibadah, 1/3 untuk masyarakat, dan 1/3 untuk ilmu” .
Masa mane tidur, wallahua’lam…
Ustaz jugak cerita, ustaz tengok dr wahbah tu solat sunat, saje nak tengok orang warak solat …tapi yang dashatnya…ustaz kira 7 kali…dr wahbah tu da selesai 1 rakaat…ape yg dibaca wallahua’lam….
Kat sini kita bleh tengok, solat sunat ni simple jer kalu kita istiqamah…3 minit pun da bleh siap…
*Lepas ni kena cuba2la istiqomah buat solat sunat
::Melayu....Islam...India...::
Alhamdulillah, tamatnya program kursus solat terus rempit balik kolej. Sempat lagi pi membeli belah sekampit beras..ana nak cerita pengalaman yg ana dapat bila pi kedai tu…tengah2 ana nak bayar brg yang ana beli..datangla budak
Bukan nak salahkan makcik tu..mungkin makcik tu tak faham bab2 sedekah ni…Cuma ana nak amik sedikit pengajaran..walaupun ianya nampak cam perkara kecik..
Erm, camnila mentality melayu yang beragama Islam..apa salahnya sedekah jer kat sape2, xkira agama, bangsa…cina pun walaupun bukan Islam, mereka ni banyak jugak sedekah walaupun x berpahala…Camne nak dakwah orang bukan Islam, kalau tak leh tunjukkan qudwah yang betul…akhlak yang baik…walaupun seorang kanak2..
*pesanan untuk diri sendiri…
HAWA..
Hawa,
Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.
Oleh itu Hawa,
Hawa..
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki..