0

:: DOA::

0

:: KEHIDUPAN ::

0

:: AlKISAH ::

Sdikit Coretan dari ustaz dzul didalam blognya...


KISAH 1 (Seorang Pakcik Di Terengganu)
Saya bertemu seorang pakcik di sebuah masjid di Terengganu.
Wajahnya bersih amat, dan terpamer ketengan sejati hasil
simbahan amal ibadat di raut wajahnya.
Katanya kepada saya, ”Saya pernah keluar bersama Tuan Guru Nik Aziz.
Pada malamnya, sy tersedar dua pagi, saya lihat Tuan Guru sedang solat.

Tiga pagi lebih, Tuan Guru masih bersolat.
Esoknya saya tanyakan Tuan Guru secara berbisik-bisik.
Tuan Guru minta saya merapatinya sehingga lutut kami berlaga.
Lalu saya tanyakan apakah rahsia kekuatan beliau sehinggakan dalam keadaan penat pun masih mampu untuk berjaga sepanjang malam dengan hanya sedikit sahaja tidurnya.

Kata Tuan Guru, “Dunia ini bukan tempat untuk tidur.
Kalau kamu nak tidur, ha, nanti tidur sepuas-puasnya di akhirat kelak.”


Pakcik itu kelihatan tenang sekali menceritakan hal tersebut kepada saya,
seraya memberikan sedikit signal yang mudah saya fahami,
bahawa dia juga sentiasa berjaga malam bermula jam tiga pagi.
Saya pegang cerita tersebut dan semat dalam hati,
seraya beristighfar kepada Allah sambil menginsafi kelemahan diri.

KISAH 2 (Nasihat Ayah Nik)
Ayah Nik memanggil saya untuk mencurahkan sedikit nasihat.
Bapa saudara saya ini memang seorang yang agak disegani dalam keluarga kami.
Banyak butiran kata yang terpancul dari mulutnya sebagai
satu bekalan tersimpan untuk saya.
Katanya, kenapa dilaungkan
takbir empat kali sewaktu azan. Rahsianya adalah,
setiap takbir itu adalah bertujuan menyeru kepada empat elemen penting dalam badan manusia iaitu HATI, URAT, DARAH dan DAGING
supaya semuanya tunduk kepada kekuasaan Allah dan mengerjakan solat.
Tambahnya lagi, setiap kali kita mengambil wudhu’,
kita mesti memahami rahsia wudhu’.
Dibasuh tangan, agar Tuhan membersihkan tangan daripada kekotoran dosa,
dibasuh mulut untuk membersihkan mulut daripada kotoran mengumpat dan mencela dan begitulah seterusnya. Saya teruja jadinya, lalu saya dapat merasakan dosa
bagaikan gunung besar menghempap diri saya
lalu lumatlah saya ditndih dosa yang tidak kunjung padam.


0

ADAKAH KAU LUPA??

dulu islam dijunjung....tapi sekarang??
sama2 koreksi diri..adakah Rasulullah ada dalam rumah kita?dalam keluarga kita
Hayati sirah Rasulullah...sirah perjuangan baginda..suka duka baginda dalam menyampaikan dakwah...moga kita menjadi rantai2 yang menyambung perjuangan baginda...



0

WANITA....


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram,
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,
malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal.
Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,
ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita,
Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat
bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk
mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita,
alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,
sekurang- kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.
Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat- pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai,
namun pemakaiannya masih
tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan
sebagainya. Ada yang memakai tudung,
tetapi pada masa yang sama memakai
kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan
pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula
dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit
pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam
majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan
bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja
menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang
wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita, dan tidak berhias-hias yang
mana akan menjadikan daya tarikan
kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi
wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih
berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun
bertudung, tetapi semakin membesarkan
riak dan bangga dalam diri. Sombong
makin bertambah. Jalan mendabik dada.
Terasa tudung kitalah yang paling
cantik, up-to-date, sofistikated,
bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai
tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita
tidak merasakan diri ini hina, banyak
berdosa dengan Tuhan mahupun dengan
manusia. Kita tidak terasa bahawa
menegakkan syariat dengan bertudung
ini hanya satu amalan yang kecil yang
mampu kita laksanakan. Kenapa hati
mesti berbunga dan berbangga bila
boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau
tidak bersembahyang. Ada orang yang
bertudung tapi masih lagi berkepit dan
keluar dengan teman lelaki . Ada orang
bertudung yang masih terlibat dengan
pergaulan bebas. Ada orang bertudung
yang masih menyentuh tangan-tangan
lelaki yang bukan muhramnya. Dan
bermacam-macam lagi maksiat yang
dibuat oleh orang-orang bertudung
termasuk kes-kes besar seperti zina,
khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh
orang-orang yang sebegini. Orang Islam
lain yang ingin ikut jejak orang-orang
bertudung pun tersekat melihat sikap
orang-orang yang mencemari hukum
Islam. Mereka rasakan bertudung atau
menutup aurat sama sahaja dengan tidak
bertudung. Lebih baik tidak bertudung.
Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar
hati untuk masuk Islam kerana sikap
umat Islam yang tidak menjaga
kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun
bertudung, perangai mereka sama sahaja
dengan orang-orang bukan Islam. mereka
tidak nampak perbezaan agama Islam
dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan
tudung untuk dakwah orang lain. Selama
ini kita tidak sedar diri kitalah agen
bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah
Islam. Dakwah kita bukan seperti
pendakwah lain tapi hanya melalui
pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak
terus memperbaiki diri zahir dan batin
dari masa ke semasa, kitalah punca
gagalnya mesej Islam untuk
disampaikan. Jangan lihat orang lain.
Islam itu bermula dari diri kita
sendiri. Ini tidak bermakna kalau
akhlak belum boleh jadi baik tidak
boleh pakai tudung. Aurat, wajib
ditutup tapi dalam masa yang sama,
perbaikilah kesilapan diri dari masa
ke semasa. Tudung di luar tudung di
dalam (hati). Buang perangai suka
mengumpat, berdengki, berbangga, ego,
riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung
tidak terlepas dari tanggungjawab
setiap wanita Muslim. Samada baik atau
tidak akhlak mereka, itu adalah antara
mereka dengan Allah. Amat tidak wajar
jika kita mengatakan si polanah itu
walaupun bertudung, namun tetap
berbuat kemungkaran. Berbuat
kemungkaran adalah satu dosa, manakala
tidak menutup aurat dengan menutup
aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-
elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.
Sentiasa bermanis muka. Elakkan
pergaulan bebas lelaki perempuan.
Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir
dengan teman lelaki. Serahkan pada
Allah tentang jodoh. Memang Allah
sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada ketentuan qada' dan
qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita
tingkatkan amalan lain. Cuba jangan
tinggal sembahyang lagi terutama dalam
waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi
orang yang lemah-lembut. Buang sifat
kasar dan sifat suka bercakap dengan
suara meninggi. Buang sikap suka
mengumpat, suka mengeji dan mengata
hal orang lain. jaga tertib sebagai
seorang wanita. Jaga diri dan maruah
sebagai wanita Islam. Barulah nampak
Islam itu indah dan cantik kerana
indah dan cantiknya akhlak yang
menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk
mengamalkan Islam. Dengan ini, orang
bukan Islam akan mula hormat dan
mengakui "Islam is really beautiful."
Semuanya bila individu Islam itu sudah
cantik peribadinya. Oleh itu wahai
wanita-wanita Islam sekalian, anda
mesti mengorak langkah sekarang
sebagai agen pengembang agama melalui
pakaian.

Selamat beramal..

0

FIQH AWLAWIYAT

Bila sentuh fiqh awlawiyat..diri tertanya2..yg mana lebih penting daripada yang penting..alhamdulillah, akhirnya terungkai melalui tazkirah yg diberi oleh seorang ustaz..Ni antara catatan yg ana catat...


Yang mana perlu didahulukan...?

Yang pertama adalah dahulukan agama
Yang kedua adalah nyawa
Yang ketiga adalah aqal
Yang keempat adalah keturunan
dan yang terakhir barulah harta

Manakala 3 tertibnya iaitu

1-Dhoruriyyat - tiada kehidupan melainkan dengannya
contohnya: kahwin-kalu xkahwin, xde generasi

2-Alhaajiat - xde takpe, tapi susah skit

3-Attahsiniah -aksesori tambahan
contohnya : sekufu bagi wanita..

Dasar perbincangan
-penyusunan awlawiyat bukannya urusan orang awam
-dan bukan juga untuk bermudah-mudahan dengan alasan awlawiyat.

Maqasid(tujuan) Syariah
-untuk kepentingan manusia dan mengelak mudharat

Ni antara kisah yg berkaitan fiqh awlawiyat

1) Semasa Rasulullah wafat, para sahabat meninggalkan urusan pengebumian Nabi S.A.W dan mendahulukan urusan penganti Nabi. ini menunjukkan bahawa memilih pemimpin lebih utama daripada mengurus jenazah walaupun nabi dan rasul.

2) Nabi Khindir pecahkan sampan sebab lebih aula dipecahkan daripada sampan2 yg pemiliknya orang miskin dirampas oleh raja yang suka merampas sampan2. Jika dipecahkan sdikit, maka raja tidak akan merampasnya sebab tabiat raja yg zalim tu tidak akan ambil benda yg rosak. jadi dengan memecahkan sedikit sampan itu, dapat menyelamatkan harta2 orang miskin.

3) Rasulullah meruntuhkan berhala selepas 21 tahun kenabian? Kenapa Rasulullah tidak runtuhkan pada awal2 lagi? sebab, yang lebih aula...Rasulullah ingin meruntuhkan dahulu berhala2 yg ada dalam hati manusia pada masa itu.

dan ada beberapa kisah lagi yang menunjukkan yg mana lebih aula dilakukan...


Wallahua'lam

0

:: DUNIA ::

Menarik sungguh kelas fiqh sirah petang tadi..ustaz x mbiarkan gusi kami kering, ada jer lawak spontan yg myebabkan kelas 5-7.25 ptg takde yang mengantuk..biasanya kalu kuliah time kompen ana tersengguk2..bebanding hari ni, macam2 lawak yg ustaz buat..tapi lawak tu lawak betul dan ada yg membina gak.

satu cerita yg ustaz bentangkan petang tadi, iaitu kisah said bin amir aljumahi...(xtaula btul tak ejaan ni-sbb salin dari mulut ustaz)...dimana dia telah memperoleh wang dinar daripada saidina umar sebanyak seribu dinar..sampai dirumah, dia sangat sush hati, macam2 yang diteka oleh isterinya (xsempat salin) hinggakan isterinya pun gelisah..akhirnya diceritakanla kepada isterinya..kata said,"telah masuk dunia dalam rumah kita yang mana ia boleh menghancurkan akhirat kita"..lalu said pun mgeluarkan uncang yang mengandungi duit seribu dinar it..diserahkan kepada isterinya, disuruhnya myedekahkan apa yg ada dalam uncang tu kepada seluruh orang kampung(said tak tau ape kandungan dalam uncang tu sebenarnya)...

camnila gambaran sahabat masa zaman Rasulullah...fikir2kanla..


satu lagi cerita yang agak menarik gak...ada 3 perkataan yg hampir sama dikeluarkan oleh seorang yang nazak...yg pertama, alangkah bagusnya kalu dulu ianya baru...yg kedua,alangkah bagusnya kalu dulu berulangkali...(yg ketiga, ustaz tak ingat)...tapi ini menunjukkan masa tengah nazak..hijab perbuatan kita dibuka...orang ramai yg duk keliling mayat tu tertanye..dan akhirnya mereka mendapat tafsiran dari seorang ulamak yang berdekatan mayat tersebut..ulamak tu bagitau...perkataan pertama tu..merujuk kepada....masa lelaki tersebut masih sihat, dia didatangi seroang fakir, dia hendak bg baju..tapi dipilih2nya baju, dan diambilnay baju yang paling buruk, diberikan pada si fakir tersebut... perkataan yg kedua lak, lelaki tersebut pernah menolong orang tua memalui satu jalan, tapi sekali tu jer dia tolong...


so, fikir2kan...semasa kita hednak meninggal kelak..Allah akan buka hijab kita..

wallahua'lam..

1

:: Balik KG ::

Assalamu’alaikum.lame x mencoret2 kat sini…maklumlah, otak terlalu penat, banyak sgt keje sem last ni. Sampaikan hidup pun jadi semacam jer. Nak buat tu tak semangat, nak buat ni tak semangat. Kadang2 kene ada orang push..baru bleh buat. Inila asam garam hidup, perlukan bantuan sahabat2 juga untuk naikkan semangat yg down.

Ha, malam ni da nak bertolak balik kg..xsabar2 nak pangkah bulan mengambang..first time dalam hidup nak mengundi ni..moga2 tahun ni catat sejarah, bulan bersinar kembali di terengganu..ameen...

Balik dari mengundi otak kembali penat. Maklumlah dalam seminggu lepas balik ni, keje bertimbung yang tertangguh..tesis, koswer, macroteaching, 2 asgmen kene submit..ya ALLAh..rasanya nak berkecai otak..sabar2..moga2 dapat siapkan dengan jayanya..AMEEN..tahun akhir yang penuh cabaran dan dugaan....