0

:: TAKNAK::

0

:: KULIAH MAGHRIB ::


Ni sekadar catatan ana tuk ingatan bersama masa ana hadiri kuliah maghrib kat kolej...ana terlewat ke musolla disebabkan sdikit musyaqqoh...jadi ana dapat skit jerla penerangan ustaz malam tu....


Tajuk hari tu bab solat...kebetulan masa ana hadir ustaz tengah menerangkan bagaimana hendak menghadirkan hati semasa solat...salah satunyana adalh memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah tersebut. lintasan hati boleh merosakkan solat yang berpunca daripada perkara dalaman dan luaran..


Untuk perkara luaran ialah perkara yang boleh menyentuh pendengaran, jadi elakkan daripada solat ditempat yang bising..mesti solat seboleh2nya jauh daripada orang..yang kedua pulak, disebabkan oleh penglihatan yang zahir seperti gambar-gambar disekeliling kita...jadi untuk hilangkan pandangan mata ni, dengan memejam mata sebentar...hilangkan perkara yang difikirkan. selain tu..semasa nak solat tu, pastikan solat dihadapan dinding yang akan membataskan pandangan mata kita. jauhkan daripada solat dihadapan laluan orang. disamping tu, sejadah yang diguna hendaklah tidak terlalu banyak warna atau corak, yang boleh menghilangkan tumpuan kita semasa solat..seelok2nya sejadah yang bewarna putih...


Manakala perkara kedua yang boleh menghilangkan tumpuan ialah perkara batin...ini kena guna inisiatif sendiri,,hilangkan perasaan takabur, sombong..anggap kita ni hina bila berdepan dengan Allah...


Jadilah sama2lah kita solat dalam hanya satu keadaan iaitu kekhusyukan dan berkekalan hati kerana Allah.



* Ni nasihat : Redha dengan maksiat seolah-olah diri sendiri melakukan maksiat itu, jadi selemah2 iman adalah benci dalam hati.



wallahua'lam

0

:: TAUBAT SEORANG HAMBA ::

0

:: KEREDHAANMU ::


Ya Allah, Ya Tuhanku
HambaMu merindukan
Rahmat kasih sayangMu
Dan jua keredhaanMu
Dalam hidupku

Meskipun ku ulangi dosa noda
Yang menjanjikan azab sengsara
Namun ku sedari
KeampunanMu tidak bertepi
Ku akui diri ini
Hamba yang mungkir pada janji-janji
Jadikanlah taubat ini yang sejati
PadaMu Ilahi
Ya Allah, ampunkanlah dosa-dosaku
Ya Allah, redhakanlah kehidupanku
Moga terhapus penghijab kalbu
Antara Kau dan aku
Tuhan,Ku zalimi diri ini
Andai Kau tak ampuni dan rahmati
Alangkah ruginya diri
Tuhan,Jangan Kau palingkan hati ini
Setelah Kau beri hidayah
Sesungguhnya Kau Maha Pengasih

0

:: INSAF ::

Hati hiba mengenangkan..dosa-dosa yang ku lakukan...Oh tuhan yang Maha kuasa..terima taubat insan berdosa...Ku akui..kelemahan diri..ku insafi kekurangan ini...ku kesali kejahilan diri ini..terimalah taubatku ya Rabb...:-(

0

:: 2 EKOR BURUNG ::


Ada dua ekor anak burung yang sudahdewasa. Anak burung yang pertama mempunyai kemahuan yang kuat untukbelajar terbang. Dia merancang untuk meloncat dari sarang untuk mencapai dahan yang di sebelah sarang.Sedangkan anak burung yang kedua tidakmempunyai kemahuan untuk belajar terbang. Dia merasa malas dan tidak mempunyai keberanian untuk belajarterbang. Baginya hidup di sarang dan menerima makanan dari sang ibu burung saja sudah cukup.


Suatu hari anak burung yang pertama meloncat dan berusaha mengepakkan sayapnya, tapi apakan daya, dia terjatuh dari atas pohon bergulingan ke tanah. Dia menangis kesakitan, lalu dia berusaha bangkit dan mencuba lagi.Hal ini dilakukan berulang-ulang.Sedangkan anak burung yang kedua memandang sambil bergumam, "buat apa susah-susah belajar terbang, daripada aku jatuh bangun dan badanku sakit,lebih baik aku tidur di sarang saja menunggu makanan datang dari ibuku."


Akhirnya, pada suatu hari anak burung pertama telah berjaya terbang setelah belajar dan berjuang tidak kenal lelah. Dia telah boleh bercengkerama dengan burung lain dari dahan yang satu ke dahan yang lain, dari pohon satu ke pohon yang lain, dan dia sudah boleh mencari makan sendiri. Dengan riang gembira dia menjalani hidup dengan berdikari. Sedangkan anakburung kedua hanya boleh memandang temannya. Dalam hati dia menyesal,mengapa dia tidak mahu belajar terbang sejak dulu. Dia meratapi nasibnya yang masih bergantung ke ibunya untuk makan.


Renungan:

Memang hidup adalah pilihan. Seringkali pilihan untuk mencapai kejayaan bermula dengan jatuh bangun, pahit getir, atau bahkan menghadapi risiko yang apabila dibayangkan membuatkan hati kita ngeri untuk melangkah lebih jauh. Tapi sahabat, kalau kita tidak menghadapi risiko, kita tidak akan maju, kita akan bernasib sama dengan anak burung kedua, yang terus bergantung kepada orang lain. Kita akan merasa ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.Tidak ada salahnya kita belajar mengepakkan sayap. Hadapi dunia,terbang sejauh-jauhnya. Capai cita-cita kita walaupun kita harus berpisah dengan orang yang kita sayangi.Walaupun kita akan merana, kesakitan sendiri, anggap saja ini ujian untuk mencapai hidup yang lebih baik.

0

:: REMPIT ::

peristiwa kena ragut ari tu masih terbayang2 dikepala..selama 3 tahun belajar kat sini, tahun last jugak yang tercatat sejarah, walaupun x teruk mana, hanya hilang barang2 penting dan ticak cedera..tapi tu la pengalaman berharga yang menjadikan ana lebih bhati2, terutama keluar malam..
malam ni tpaksa kuar lagi malam kerana ada urusan tertentu..motor jer la jadi teman dan roomate yg slalu mnemani dibelakang merangkap as pembonceng..walaupun hati berat nak kuar malam...on de way nak pi, tiba kat trafic light...lampu x ijau2...walaupun da ramai menunggu tuk ke kampus dan ke pekan..pjalanan ana malam tu utk ke pekan...mungkin nampak ketibaan moto ana yg ijau, lampu ijau x nak nyala2..walaupun berderet kenderaan di belakang...tiba2 ana nampak sebuah 2, 3 buah moto langgar lampu isyarat..memandangkan ana da lewat ke tempat yang dtuju, ana juga ikut serta langgar lampu merah...ini bukan kali pertama langgar trafic light...time terpaksa jer buat camtu..gelagat kami diperhatikan oleh seorang min ...kes2..
nak balik pulak 1 hal...bimbang melalui kawasan gelap, dan kami pulak 1 buah motor aje..tpaksala minta ptolongan min konvoi kami.. konvoi dari jauh...biasala, sbb waktu kes ragut aritu pun waktu yg sama..dan lorong yang dilalui oleh peragut itu...
skali lagi kami langgar trafic light sbb tak nyala2 lampu ijau...last2 pembonceng ana dapat msg dari min tadi...tindakan ana yg langgr trafic light 2 kali...mbahayakan...insaf2...dapat ilmu baru..
ana dapat tazkirah dari min tsbt...supaya mjaga hak2 orang lain...tindakan ana tu telah mengambil hak pengguna jalanraya lain...dan boleh menimbulkan masalah kepada pengguna lain...dan dianggap bdosa....insaf sekejap ana..
xtaula lepas ni buat x lagi emmandangkan trafic light susah nak detect motor...kereta n lori jer detect...tension jugak kalu 30 minit xdapat jalan2 agi...
*moral value :-bawak motor laju2 malam2, bahaya bawak slow2..
-jgn langgar lampu isyarat

0

:: Aku Malu Untuk Menegur Perkara Mungkar..::


Ramai orang mengatakan belum cukup ilmu apabila ditanyakan mengapa tidak menegur orang yang berbuat salah. Tidak kurang juga yang mengatakan diri sendiri belum baik, mengapa perlu menegur orang lain.Bahkan ada juga yang mengatakan perlu apa menjaga tepi kain orang, takperlu jadi 'busy body'.

Adakah kita semakin menjadi manusia yang individualistik? Amat mementingkan diri sendiri? Dan banyak lagi alasan lain untuk tidak menegur..Barangkali sifat merendah diri atau memikirkan kelemahan dan kekurangan diri menjadikan kita tidak yakin dan akhirnya meninggalkan usaha mengajak kebaikan.Persepsi Diri Yang Salah .

Ada di antara kita yang memandang zaman ini menegur orang biarlah kepada mereka yang ber'autoriti' . Serahkan sahaja pada pak imam,ustaz atau ustazah. Ada yang berpendapat untuk menegur orang lain, diri perlu menjadi maksum. Malu dengan latar belakang keluarga yang tidak sempurna didikan agama. Kewajipan Nasihat Menasihati Bukanlah Untuk Orang Tertentu. Sudilah memberi teguran yang baik dan berhikmah, kerana tanpanya manusia akan selalu terbabas.

Fitrah manusia yang selalu lupa dan terburu-buru, seringkali diruntun oleh gelodak nafsu. Berbanggalah diri sebagai seorang Islam, menjadikan kita ini sebahagian dari masyarakat yang membentuk manusia dari dalam dan luaran. Jika berdiam sahaja melihat buasnya dunia meladeni manusia, alamat kita sedang menuju kehancuran. Bukan sahaja melibatkan perhubungan sesama manusia, bahkan menyebarkan barah kepada bidang ekonomi,politik, pendidikan dan akhirnya diri sendiri.

Terlalu mengharapkan orang lain kadangkala hanya meninggalkan harapan sahaja..ALlah memberitahu di dalam al Quran yang bererti, hendaklah adas ebahagian dari golongan yang menyeru kepada kebaikan dan melarang kepada kemungkaran. Mereka itulah orang yang berjaya. (Surah Ali Imran: 104) Golongan yang disebutkan menurut Dr Abdul Karim Zaidan di dalam bukunya Usul Ad Dakwah adalah orang Islam itu sendiri. Kita adalah Umat yang terbaik yang lahir dari kelompok manusia wajib untuk mengajak kepada kebajikan dan mencegah kemungkaran. Hukumnya sudah menjadi wajib pada masa kini kerana golongan yang menegur itu semakin mengecil jumlahnya.

Menasihati bukan satu cara sahaja.Mereka yang rugi antaranya adalah yang tidak mahu berpesan-pesan kepada perkara kesabaran dan kebenaran. Tidak perlu dengan mengeluarkan hadith atau ayat al Quran yang kadangkala mad'u pun tidak tercapai akalnya hendak menerima (sebab ia sendiri jahil mengenainya) .

Seorang Islam yang hebat mempunyai daya pemikiran yang kreatif dan mempunyai semangat yang tidak putus-putus untuk mengajak manusiakepada kebaikan. Ada daya dengan tangan, maka penyampaian nasihat melalui tulisan, lukisan atau dengan kekuatan tangan. Menyentuh hati kadangkala lebih berjaya dengan diri kita yang menunjukkan kebaikan.Sentiasa bermanis muka, tersenyum, tidak mudah marah, suka menolong,lidahnya tidak celupar menuturkan kata.Tentulah wahai SAHABAT, ALlah tidak melihat kepada natijah kepada usaha.Sebab prinsip asas yang diterangkan di dalam al Quran adalah usaha untuk mencapainya. Yang empunya kejayaan, kemenangan dalam ketentuanNya, bukan kita. Menasihati sesama manusia menyuburkan benih persaudaraan melalui kasih sayang dan kemaafan.Marilah sahabat, tiada ruginya kita berbuat kebaikan..


0

::Solat Sunat....::

Alhamdulillah..2 slot jer yang ana sempat pi kursus hari ini..nampak macam biasa…kursus solat…bila da pi..baru rasa banyaknya perkara baru yang dapat…teringat kata2 sorang sohabiah…

“Walaupun dah biasa pi kursus camni, tapi kita akan dapat juga perkara baru yang kita tak tau sebelum ni…”

Ada betulnya kata-kata sohabiah ana tu…nampak cam biasa jer sesuatu ceramah or program..tapi bila kita pi..Allah tambahkan ilmu jugak pada kita…so, lepas ni kena rajin2la pi program islamik, ada keberkatan ilmu di dalamnya..

Satu point yang ana cukup tertarik yg disampaikan oleh ustaz rosli… “kenapa kita tidak simplekan solat sunat yang dibuat…sebagaimana Rasulullah, seorang pemimpin..jauh lebih sibuk lagi dari kita..tapi, baginda tidak ketinggalan untuk melaksanakan solat2 sunat..” Fikir2 balik..ada betulnya cakap ustaz rosli, kekadang kita yang rasa solat sunat tu merugika masa…fikiran pun dah kate payah…tak sempat nak buat, sebab takut tak sempat nak buat perkara lain…macam2 gangguan syaitan bermain difikiran kita…

Satu cerita lagi yg ustaz bgtau…dr wahbah zuhaili..seorang tokoh terkenal dalam Islam yang menghasilkan kita2 fiqh, berjilid2..ustaz tegur dia, “camne enta tulis buku…sedangkan tiap2 hari ada je jemputan…(jemputan pulak bukan jemputan biasa…berhijrah ke sebuah Negara ke Negara yang lain)…masa mane enta tulis buku yng berjilid2 tu…?” Kata dr wahbah, “ ana habiskan 1/3 hari ana untuk ibadah, 1/3 untuk masyarakat, dan 1/3 untuk ilmu” .

Masa mane tidur, wallahua’lam…

Ustaz jugak cerita, ustaz tengok dr wahbah tu solat sunat, saje nak tengok orang warak solat …tapi yang dashatnya…ustaz kira 7 kali…dr wahbah tu da selesai 1 rakaat…ape yg dibaca wallahua’lam….

Kat sini kita bleh tengok, solat sunat ni simple jer kalu kita istiqamah…3 minit pun da bleh siap…

*Lepas ni kena cuba2la istiqomah buat solat sunat

0

::Melayu....Islam...India...::

Alhamdulillah, tamatnya program kursus solat terus rempit balik kolej. Sempat lagi pi membeli belah sekampit beras..ana nak cerita pengalaman yg ana dapat bila pi kedai tu…tengah2 ana nak bayar brg yang ana beli..datangla budak India, nampak cam budak sekelas rendah…yg sorang tu belila barang…tapi bila nak amik sekeping biskut yg harganya seposen..duitnya tak cukup…budak tu dah pegang biskut tu..tapi makcik melayu ni ambil balik sebab budak tu tak mampu bayar seposen..ana perhati jer gelagat makcik n budak tu..kesian lak nengok…makcik tu cakapla kat ana…”kalu melayu bleh gak sedekah-sedekah..tapi India… “..ish…terkejut ana dengan pernyataan tu..ana tak sempat nak jumpa budak tu, nak tlg bayarkan..mereka da cabut lari..mungkin tindakan ana lambat kut…

Bukan nak salahkan makcik tu..mungkin makcik tu tak faham bab2 sedekah ni…Cuma ana nak amik sedikit pengajaran..walaupun ianya nampak cam perkara kecik..

Erm, camnila mentality melayu yang beragama Islam..apa salahnya sedekah jer kat sape2, xkira agama, bangsa…cina pun walaupun bukan Islam, mereka ni banyak jugak sedekah walaupun x berpahala…Camne nak dakwah orang bukan Islam, kalau tak leh tunjukkan qudwah yang betul…akhlak yang baik…walaupun seorang kanak2..

*pesanan untuk diri sendiri…

0

Nawaitu


0

HAWA..

Hawa,

Andai engkau belum berkahwin jangan kau risau jodohmu, ingatlah Hawa janji Tuhan kita, wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan dimulakan sebuah pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata jatuh ke hati, maka lahirnya senyuman maka tercetusnya salam dan sekaligus disusuli dengan pertemuan takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.


Hawa,

Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannnya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuannya, kemanjaannya, serta kemampuannya mengoncang iman lelaki. Tetapi lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya dan yang penting pegangan agamanya.


Lelaki yang baik juga tidak menginginkan pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut memberi kesempatan kepada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tidak mahu bermain cinta kerana dia tahu apa matlamat dalam sebuah pertemuan lelaki dan wanita yakni sebuah perkahwinan.


Oleh itu Hawa,

Jagalah pandanganmu, awasilah auratmu, peliharalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai ditakdirkan tiada cinta daripada Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah memenuhi dan menyinari kekosongan jiwamu, biarlah hanya cinta daripada kedua ibu bapamu yang memberi hangat kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik- beradik serta keluarga yang membahagiakan dirimu.


Hawa..

Cintailah Allah di kala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta daripada insan yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibu bapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana kau tak akan jumpa cinta yang bahagia selain dari cinta keluarga.
Janganlah sesekali tangan yang mengoncang dunia juga yang mengoncang iman lelaki..


*Peringatan buat hamba yg dhoif ini..

0

:: LUAHAN ADAM ::