0

Anak Didik KU



0

Tahajud


Solat Sunat Tahajjud
www.iLuvislam.com
oleh: thaqif


Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud. Sabda Nabi saw:

أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)



Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.

Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)


CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)

- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)

Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.


SUNNAH TAHAJJUD

- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)

- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:

لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله

Kemudian ucapkan :

اللهم اغفرلى

(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)

Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)

- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)

- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)

- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)

- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari

0

KELEBIHAN SYA'BAN


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.




ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.

(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: ayat 31).



KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

0

Kisah Orang yang BErakal...



Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah.

Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

MORAL & IKTIBAR

* Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
* Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah
* Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
* Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
* Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
* Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya
* Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.

0

1 JUJUR




Inilah aksi pelajar satu jujur time ana mengajar...adus...happy go lucky sungguh


erm, alhamdulillah...masih ada 3 minggu lagi ana kat sekolah ni...11/09/2008...insyaAllah..akan tamatlah sem 8 ..sekaligus, tamatlah pengajaran ku di upsi..lepas ni tunggu posting la pulak...dan meraikan hari peristiwa yg bakal kunjung tak lagi..insyaAllah...apapun2..mesti lepas ni akan merindui BUDIMAN..pelajar2 1 jujur, 1 amanah, 2 karisma, 1 mulia dan 1 bijak...walaupun terpaksa bersabar dengan kerenah mereka, tetapi akhirnya ana dapat juga pengalaman mengajar mereka..dan pasti akan merindui mereka semua...

0

BUDIMAN



Suasana di BUDIMAN....

1

sekolah..

alhamdulillah, da masuk 6 minggu aku berada di sekolah kat jitra ni..banyak pengalaman yang dapat...mula2 ngajaq kat sini, rasa cam cepat nak abis jer..tapi bila da masuk minggu ke 6 ni..semakin seronok mengajaq...walaupun terpaksa pening kepala untuk mengawal kelas yg belakang2 ni..form 1..n form 2...tapi tu la la pengalaman..

caqbaran mengajar budak2 yg masih mentah ni memang banyak perlukan kesabaran...
untuk kawal kelas, masih lagi fail...Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran pada hambaMu ini..Bayangkan...cikgu2 lain masuk kelas tu, murid2 semua diam..blaja dengan senyap..tapi, bila ana masuk...Allahu Robbi...ada yang berjalan2...abis reng buat muka bekeng...tapi....:(..fail..hehe...adus...mereka siap buat lawak lagi tu...tu yang tak tahan.....

erm...stakat ni dulu coretan...ada kelas...hehe...

0

Solat Sebelum Maut Menjemput

0

:: Hari Ini Dalam Sejarah ::


adikku yang bongsu

salamun'alaik...akhirnya berakhir jugak sem akhir aku di UPC..dengan last paper Pengajaran Pendidikan Islam kul 1130 pagi..maka berakhirla exam aku kat bumi tercinta ni...Merdeka !!hehe... Tengahari tadi jugak family aku sampai, tuk mengangkut segala barang2 yang telah aku kumpulkan selama 7 sem..banyak jugak erk..hehe...nasib baikla 2 buah kereta yang mai..bleh backup..tak sangka lak barang2 ku sebanyak itu..Pertemuan dengan mak ayah, abang n adik tadi, mengubat jugak rindu...sebab lame tak berjumpa..

dan yang menariknya dengan adik aku yang bongsu..5 tahun ni..semakin petah berkata...best jugak bercakap dengan dia setelah sekian lama tak bercakap....macam2 aksi dak kecik ni..yang menariknya..dia cerite serba serbi yang ada kat umah...
"kak nor, adik ada alif ba ta kat umoh...kak nor, nak coklat dok?ada kat umah..."...ish3...semua benda kat umah yang dibagitaunyer...ish3..

satu perkataan yang disalah guna oleh adikku ni....kate mak..dia berguru sendiri..
"kaknor, yang biskut ni kak ros beli"..sambil menunjukkan biskut yang dibeli oleh mak.mula2 aku ingatkan yang dimaksudkan, biskut tu dibeli oleh kak ros..kakak iparku..tetapi...rupa2nya "yang" yang dimaksudkan oleh adikku tu, maksudnya "macam"...ai..kena perbetul balik bahasa adik2 ku ni..maklumlah kat umah tu semua dak kecik..kakak2 n abang2 duk blaja blake...

Banyak jugak perbualan aku dengan adik masa on de way ke kolej tadi.syok jugak bercakap dengan adik ni....sebelum tadi mak ayah aku lepak dekat medan selera..nak tunggu aku abis exam...pi2, mereka da siap makan..so, membungkusla nampak gayanya memandangkan semua da selesai makan, sambil perut berkarate, minta diisi..bayar punya bayar.. rm12...ish, mahal beddill kate org gannu..tapi mak yang tolong bayarkan...hehe...makan free aku dgn kawan aku hari ni..tak pernah lagi beli makanan semahal tu, abis2 beli pun rm 8, tu pun utk 3 orang. Kata ayah, dah rezki dia, sebab jarang letak mahal..orang luar mai, terus jer ditolak dengan harga mahal..takperla..sekali skala, jawab ayahku..

Kuarga aku n jiran aku akhirnya pulang ke trg selepas barang2ku habis dipunggah..ikutkan hati nak masuk skali dalam kete tu..tapi memandangkan tesis ku yang belum settle lagi ni...redha jerla..arap2 blehla balik 13 hb ni selepas selesaikan tesis..ameen..16hb kene pi Jitra pulak..almaklumlah, start sesi praktikum lak..Mak ayah yang jadi mangsa lagi..sian kat mereka...tapi demi anak2, digagahkan jugak kudrat mereka..sayang mak..sayang ayah..dans ayang abang..yang menjadi pemandu spare setia tuk ayah..untung gak abang yang kedua ni tak kawin agi...bleh mintak tolong jadi driver...hehe..sorry..

2

:: UKHWAH SUKAR DITAFSIR ::


(kuaw teow bandung)


2 Mei 2008 : Perjumpaan adik2ku buat kali terakhir yang berlangsung di restoran kunyit. Alhadmulillah, setelah sekian lama x makan bersama, tautan ukhwah yang telah terjalin kembali hangat walaupun itu mungkin yang terakhir untuk berjumpa. Aku, alang, achik, ucu, uda, adik dan tak lupa andak...berjumpa jugak kita skali lagi..walaupun tanpa kehadiran ateh dan anjang. Malam tu kami tak lepaskan peluang bergambar puas2..sampaikan orang yang di dalam kedai memerhat jer gelagat kami.. adab dijaga sebaiknya, cuma kadang2 cahaya kamera yang memancar macam kilat. Kami makan ikut selera masing2..alhamdulillah, aku tak lepaskan peluang untuk menikmati kuaw teow bandung dan achik tak ketinggalan order meehon tomyam, best jugak makanan kat situ. yang lain order nasi yang pelbagai lauk pauk.

Perbualan kami malam tu banyak berkisar tentang pengalaman praktikum Uda, achik dan andak dengan pelbagai karenah pelajar. Rasa berdebar2 la pulak nak masuki alam praktikum yang bakal berlangsung beberapa hari lagi...Main pulak dengan student bandar, arap2 dapat adaptla nanti..insyaAllah.

Majlis kami berakhir dengan bersalam2an dan buat kali terakhir bergambar bersama moto hijau ku...:)...maklumlah, motor tu jugak akan berpisah dan takkan datang da ke bumi yang tercinta ni...



" Ukhwah yang dibina persis setangkai bunga....(Ish..lupa lak...:))

0

:: SMK Kalumpang ::

3 Mei 2008 : Sehari berkampung di SMK Kalumpang. Walaupun saat2 genting dengan exam dan tesis, ku gagahkan diri untuk join jugak aktiviti terakhir ku di UPC ni. Alhamdulillah, aktiviti yg atas dasar menolong ustaz ni ada outputnya dan pengalaman yang tak dilupakan.

7.30 pagi - aku, alang dan ucu memulakan konvoi bermotosikal ke sekolah tu. Diikuti dengan adik dan matul mengekori kereta ustaz. Almaklumlah, masing2 xtau lokasi sekolah tu. Setibanya kami disana, kami disambut baik oleh cikgu2 dan ustazah2.

Rupa2nya aktiviti yg kami hadiri tu,sebagai fesi utk Kem Remaja Rabbani utk pelajar ting. 3 dan 5. Best jugak dapat bertemu dengan adik2 yang amat menyenangi kami. Pagi itu, kami diminta utk menjadi fesi utk mandi junub. Alhamdulillah, walaupun programnya biasa, diharap adik2 mendapat input yang berkesan, dan tahu cara2 membersihkan diri dari hadas besar.

Aktiviti tersebut sampai ke petang, dimana selepas waktu zohor, ceramah berkisar tentang penyembelihan disampaikan oleh ustaz Hasbi. petang itu kami bermain dengan ayam2 daging. masing2 mencuba nasib menyembelih ayam, tak kira pelajar lelaki dan juga perempuan. Pengetua pun tak melepaskan peluang untuk menyembelih ayam. Petang tu, sebanyak 15 ekor ayam berjaya disembelih, dan ada seekor ayam yang terputus kepala, gara2 disembelih oleh adik2 perempuan.. meriah jugak aktiviti penyembelihan yang berlangsung dipadang sekolah tu..Ai.. first time dapat pengalaman camni. Bermacam2 ragam cara mereka sembelih..

program tersebut berakhir kul 4.15 petang. Tak semena2 semua fesi kena naik pentas utk mendapatkan sijil penghargaan..Apapun, bukan sijil yang diharapkan, tetapi pengalaman dan dakwah yang nak disampaikan pada adik2 walaupun sedikit jer yg mampu diberi oleh sebab keterbatasan waktu.

Petang tu, aku, ucu n alang kembali konvoi pulang kekolej, dan tak melepaskan kesempatan tuk singgah di pasar malam..Ai, makan nasi dagang aku arini...:). Lame x jumap nasi dagang.

0

:: Lama x mencoret ::


Lama sungguh tak mencoret dalam ruangan ni. Almaklumlah, nak buat ayat pun masalah skit..kemahiran menulis kurang. Suke menempel2 yang hak milik orang jer..:)..tu jer yang mampu..

Alhamdulillah, satu paper da selesai dijawab tinggal dua paper lgi tuk diselesaikan mg depan...arap2 Allah bagi ketenangan tuk study n jawab soalan exam..dua2 subjek pendidikan Islam...perlu ingatan yang mantap skit tuk menjawab..

9hb mei ni adalah hari last ku berada di teratak UPC ni..lepas ni praktikumla pulak..rasa berdebar2 lak nak mjadi pengajar kat sekolah..maklumlah ilmu tak seberapa lagi walaupun dah 7 tahun berada di IPT..moga2 diberi kekuatan untuk meneruskan kelangsungan dakwah kat sekolah nanti...InsyaAllah..rasa segan kena awal2 ditepis...tapi yg menjadi masalah..kemahiran bercakap dan berhujah..masaalah juak yerk bagi sorang guru..tapi InsyaAllah, cuba jugak sdaya upaya menjadi seorang pendidik dan murabbi yang bakal mendidik generasi Islam...

Ya Allah..gagahkanlah upayaku untuk menyelusuri jalan dakwahMu...moga diberi kekuatan dan keberkatan dalam setiap urusan dan amalanku..moga ianya dapat menjadi bekal untukka dia akhirat kelak..ameen...

0

:: THANK U ALLAH ::

0

Kepada Puteriku




Wahai puteriku..aku seorang bapa yang
sedang memasuki usia lima
puluh tahun

Usia muda telah aku lewati aku
tinggalkan kenangan, impian, amunan-
lamunan dengan segala ujian-ujian
dunia.
Dengarlah ucapan dan kata-
kataku. Ucapan-ucapan haq yang aku
sampaikan secara jelas dan mudah.

Wahai puteriku….banyak aku menulis,
sering juga aku menyeru dan
mengajak umat untuk menegakkan akhlak,
menjunjung budi pekerti
mulia, membanteras segala bentuk
kerosakan jiwa dan mengendalikan
nafsu syahwat untuk melawan dan
membanteras keruntuhan moral.

Semua itu berterusan aku sampaikan, aku
tulis dan
khutbahkan…..sehingga pena yang aku
gunakan menjadi tumpul dan
lidahku kelu. Namun tetap tiada hasil
yang aku perolehi Kemungkaran
tetap berleluasa tanpa kita mampu untuk
membanterasnya.

Di setiap pelusuk negara perbuatan
mungkar terus kita temui, semakin
banyak dalam pelbagai bentuk Wanita
semakin berani dan tidak malu-
malu untuk membuka auratnya. Tubhnya
ditonjol-tonjolkan, pergaulan
bebas muda-mudi bertambah menjolok.
Semua itu bergerak melanda
negara demi negara, tanpa satu negara
Islam yang mamu mengelak.

Sebagai contoh negara Syria yang
terkenal dengan keserasian akhlak
yag sangat ketat menjaga kehormatan
diri
dengan menutup auratnya,
sekarang masyaALlah!!Para wanitanya
berpakaian terbuka
mempertontonkan lengan dan paha,
punggung dan dada. Kita gagal, dan
aku kira kita tidak akan berjaya.
Tahukah engkau apa penyebabnya?

Sebabnya ialah sehingga hari ini kita
belum menemui pintu ke arah
pemulihan dan kita tidak tahu jalannya

Wahai puteriku, pintu pemulihan ada di
hadapanmu. Kunci pintu itu
ada di tanganmu. Jika engkau yakin
padanya dan engkau berusaha unuk
memasuki pintu itu, maka keadaan akan
berubah menjadi baik.

Engkau benar puteriku, bahawalah kaum
lelakilah yang mula mula
melangkah menempuh jalan dosa bukan
wanita. Tetapi ingat, bahawa
tanpa kerelaanmu dan tanpa kelunakan
sikapmu, mereka tidak akan
berkeras melangkah laju. Engkaulah yang
membuka pintu kepadanya
untuk masuk.

Engkau berkata kepada
pencuri : "Silakan
masuk"…dan setelah engkau
kecurian barulah engkau tersedar.
Ketika
itu barulah engkau
berteriak .."tolong….tolong...aku
kecurian."

Seandaiya engkau tahu bahawa lelaki itu
adalah serigala dan engkau
adalah kambing, pasti engkau akan lari
seperti larinya kambing dalam
ancaman cengkaman serigala.

Sekiranya engkau sedar, bahawa semua
lelaki adalaj pencuri, pasti
engkau akan berhati hati dan sentiasa
menjaga diri seperti waspada
seorang yang kikir terhadap pencuri.

Jika yang dikehendaki oleh serigala
dari
kambing adalah dagingnya,
maka yang diinginkan lelaki adalah
lebih
daripada itu. Lelaki
meinginkan lebih dari sekadar
kambing……dan bagimu lebih buruk
daripada kematian kambing itu.

Lelaki menghendaki yang paling berharga
darimu…iaitu harga diri dan
kehormatanmu. Nasib seorang gadis yang
diragut kehormatannya lebih
menyedihkan daripada nasib seekor
kambing yang dimakan serigala.

Wahai puteriku….Demi Allah, apa yang
dikhayalkan oleh pemuda ketika
dia melihat gadis ialah gadis itu
bertelanjang dihadapannya tanpa
pakaian.

Aku bersumpah lagi: "Demi Allah, jangan
percaya terhadap kata kata
sebahagian lelaki, bahawa mereka
memandangmu kerana akhlak dan adab.
Berbicara denganmu seperti sahabat dan
apabila mencintaimu hanyalah
sebagai teman akrab". Bohong …bohong
…demi Allah dia berbohong.
Seandainya engkau mendengar sendiri
perbualan antara mereka, pasti
engkau takut dan ngeri.

Tidak akan ada seorang pemuda
melontarkan senyumannya kepadamu
berbicara dengan lembut dan merayu,
memberikan bantuan dan layanan
kepadamu, kecuali akan ada maksud-
maksud
tertentu. Setidak-tidaknya
isyarat awal bagi dirinya bahawa itu
adalah langkah awal.

Apakah sesudah itu puteriku?
Renungkanlah!

0

MALAM PERTAMA PENGANTIN



Kita pasti dirisik..

Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..

Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..SAKIT DAN NAZAK..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..

Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..

Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..

Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..

Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..

Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..

0

ATAS NAMA CINTA




Tika mata di uji manisnya senyuman
Terpamit rasa menuju harapan
Dan seketika terlontar ke dunia khayalan
Hingga terlupa singgah perjalanan
Tersedar aku dari terlena
Dibuai lembut belaian cinta

Rela aku pendamkan impian yang tersimpan
Enggan ku keasyikkan
Ku sangka keindahannya merampas rasa cinta
Pada Dia yang lebih sempurna

Bukan mudah bernafas dalam jiwa hamba
Dan ku cuba menghindarkan pesona maya
Ternyata bukannya ku hadapinya
Andai bukannya menghukum mereka

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh cahya redhaNya

Biar sendiri hingga hujung nyawa
Asal tak sepi dari kasihNya
Kerna sesungguhnya hakikat cinta
Hanya Dia yang Esa

Di atas nama cinta pada yang selayaknya
Ku nafikan yang fana
Moga dalam hitungan setiap pengorbanan
Agar disuluh redhaNya

Serahkah hati ini dengan cinta hakikiki
Sehingga kurasai nikmatNya syurgaNya cintaNya

0

:: Isteri solehah pasti pelihara 10 sifat ::


Oleh Dr Hafidzah Mustakim


DALAM satu program wanita, seorang ibu berumur lewat usia 40-an berbual mesra sambil bertanya kepada saya: “Diam tak diam, saya dah nak dapat menantu lelaki. Along Hasanah akan berkahwin bulan depan, kita ni terlalu sibuk dengan kerjaya dan kehidupan, sehingga tidak perasan anak dah semakin besar dan akan berumah tangga.”

Saya membalas : “Kita perlu mengingat dan membekalkan nasihat yang pernah kita peroleh dulu daripada orang berpengalaman dan berilmu kepada mereka.

"Dulu pernah mendengar, pada masa mula-mula hendak kahwin. Tetapi, apa salahnya kita dengar untuk kesekian kalinya. Ia menjadi kata-kata hikmat dan pengajaran yang lebih bermakna. Kita dan ramai kawan masa muda-muda masih ingat nasihat itu.”

Perbualan saya dengan wanita itu mengingatkan kepada wasiat seorang ibu solehah pada zaman kegemilangan Islam.

Mari hayati pesanan isteri ‘Auf bin Muhlim Ashaibani kepada puterinya ketika hendak bernikah dengan al Haris bin Amr, raja negeri Kandah. Sewaktu utusan diraja hendak membawa pengantin untuk disampaikan kepada raja, ibunya berwasiat kepada anak perempuannya:

“Wahai anakku! Kalaulah wasiat ini untuk kesempurnaan adabmu, aku percaya kau telah mewarisi segala-galanya, tetapi ia sebagai peringatan untuk yang lalai dan pedoman kepada yang berakal.

Andai kata wanita tidak memerlukan suami kerana berasa cukup dengan kedua ibu bapanya, tentu ibumu adalah orang yang paling berasa cukup tanpa suami. Tetapi wanita diciptakan untuk lelaki dan lelaki diciptakan untuk mereka.

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira. Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan Allah akan memberkatimu.”

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

l Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah Allah.

l Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat Allah.

l Begitulah hukum Allah, di sana sentiasa ada ‘dua bahagian muka syiling’. Kalau diperhati setiap nasihat di atas, perbuatan kita yang positif akan menghasilkan reaksi dan tindak balas positif juga dengan izin Allah.

Saya sering mengingatkan diri sendiri sebagai isteri dari muda hingga sekarang dan masih sangat mempercayai bahawa: "Kita hanya boleh mengubah diri sendiri. Percayalah apabila kita berubah, persekitaran dan orang di sekeliling juga akan berubah secara positif.”

0

:: DOA SEORANG ISTERI ::











DOA SEORANG ISTERI MUSLIMAH



Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Kau ampunilah dosa Ku yg telah Ku perbuat
Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas
Kau berikanlah aku kekuatan mental Dan fizikal
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan
Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista
Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu
Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan

Ya Allah
Sekiranya suami Ku ini adalah pilihan Mu diArash
Berilah aku kekuatan Dan keyakinan untuk terus bersamanya
Sekiranya suami Ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu
Kurniakanlah aku sifat kasih Dan redha atas segala perbuatannya
Sekiranya suami Ku ini adalah bidadara untuk Ku di Jannah Mu
Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk Dan tawaduk akan segala perintahnya
Sekiranya suami Ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya
Sekiranya suami Ku ini jodoh yang dirahmati oleh Mu
Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah Dan ragamnya

Tetapi Ya Allah..

Sekiranya suami Ku tergoda dengan keindahan dunia Mu..
Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya. .

Sekiranya suami Ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan..
Kurniakanlah aku kekuatan Mu untuk aku memperbetulkan keadaanya

Sekiranya suami Ku menyintai kesesatan
Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena

Ya Allah..
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku
Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan Dan ketelanjuranku
Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan..
Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai
Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri..
Kau hukumlah aku diduniamu tetapi bukan diakhirat Mu
Sekiranya aku engkar Dan derhaka
Berikanlah aku petunjuk kearah rahmat Mu
Ya Allah ...sesungguhnya. . Aku
lemah tanpa petunjukMu..
Aku buta tanpa bimbinganMu. .
Aku cacat tanpa hidayahMu..
Aku hina tanpa RahmatMu..

Ya Allah
Kuatkan hati Dan semangatku
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu
Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami
Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu
Bimbinglah aku menjadi isteri Solehah
Hanya padaMu Ya Allah Ku pohon segala harapan
Kerana aku pasrah dengan dugaanMu
Kerana aku sedar akan hinanya aku
Kerana aku insan lemah yg kerap keliru
Kerana aku leka dengan keindahan duniamu
Kerana kurang kesabaran Ku menghadapi cabaranMu
Kerana pendek akal Ku mengharungi ujianMu

Ya Allah Ya Tuhanku...
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati
Isteri yang dikasihi
Isteri yang solehah
Isteri yang sentiasa dihati suami

Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

0

:: HARAPAN ::



Ya Allah,andai sampainya waktu untuk aku Kau lantik menjadi suri hidup dia,aku bermohon kepadaMu..

Jadikan pernikahan ini sebagai penyubur mawaddah wa rahmah antara dua keluarga ini
Jadikan penyatuan ini sumber berkembangnya umat Rasulullah
Tiupkan roh iman,amal dan taqwa buat keluarga yang baru terbina
Jadikan perkahwinan ini pintu dakwah yang takkan tertutup selamanya
Tiupkan roh seorang pejuang ke rahim ku Ya Allah
Terasa panas menyiat kulitku
Tatkala melihat keruntuhan akhlak
Terasa sejuk damai hatiku
Tatkala melihat suburnya dakwah
Namun aku tidak tahu,di mana jatuhnya zuriatku kelak
Aku bukan Imran yg mampu meletak Mariam di bawah jagaanMu di rumahMu
Dan kau menabur rezeki buat si comel yang suci
Namun,aku tetap ingin merasai nikmat itu
Dengan meletak roh zuriatku di bawah jagaanmu sepanjang masa
Dengan mengorbankan masaku sedikit,memohon dan memohon..
ameen

*dari blog sorang akhowat

0

:: HIDUP BERKAT ::




Pada-Mu Allah kami memohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah ianya tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih Mu Sayang Mu Redha Mu
Segalanya, Untuk Kami

Pada Mu Allah….

0

:: SIAPAKAH MEREKA? ::


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang
sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah
ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang
kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang
miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk-
numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang
rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang sempit lagi dihimpit? Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-
orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari siksa neraka.

0

:: ERTI PERSAHABATAN ::




Sahabat, kenapa engkau menyendiri di sudut sana , kulihat dahimu berkerut memikirkan nasib diri yang engkau hadapi, terkadang air matamu seperti air sungai yang mengalir deras di pipimu, hatimu penuh dengan keluh kesah.
Engkau memandang ujian yang dihadapi selama ini amat berat, benar-benar menghimpit dan menyesakkan dada. Engkau ingin bahagia seperti orang lain, ingin ketawa dan sentiasa tersenyum, bahkan terkadang iri hati melihat orang lain sentiasa sahaja bergembira.

Sesekali engkau menceritakan betapa malang untung nasibmu, 'selalu sahaja tersandung ketika berjalan'. Engkau menceritakan menjadi harapan pada dua hati ibu ayah yang ingin melihatkan kejayaan anaknya. Takut benar melihat mereka kecewa apatah lagi menitiskan air mata. Bagimu teguran mereka apatah lagi air mata merupakan satu dosa besar yang tidak dapat diampunkan buat dirimu. Engkau diajar untuk mengejar kesempurnaan dengan usaha, bagimu dengan berusaha pasti akan berjaya. Lalu engkau lupa bahawa natijah setiap sesuatu itu bukan ditangan manusia, tetapi Dia.

Sahabat, jiwamu terkadang memberontak, engkau akan memarahi orang lain yang tidak mempunyai apa-apa dosa pada dirimu, engkau menyalahkan keadaan dan benci dengan alam sekelilingmu, lalu bisikan-bisikan nafsu syaitan datang merayu, menghasut. Suka benar ia melihat manusia bersedih dengan kegagalan, suka benar ia melihat engkau berduka dan menyalahkan takdir. Jahat benar bisikan itu yang mengajakmu untuk memutuskan nyawamu dengan membunuh diri sebagai jalan mudah untuk penyelesai masalah.

Wahai sahabat, dengan hanya menangis, mengeluh, engkau tidak akan mendapat apa-apa. Hatimu akan dirundung pilu sepanjang masa, dan pada masa itu akal dan fizikalmu akan melemah, bagaimana engkau akan membina masa depan semula jika fikiranmu selalu sahaja memikirkan tentang kelemahan dan kekurangan diri? Benar, memikirkan kekurangan diri itu perlu tetapi untuk membina keyakinan dan memperbaiki diri, tetapi ia tidak akan dapat mengubah apa-apa hanya dengan air mata.

Sahabat, Tuhan telah memberitahu kita, bahawa setiap kesusahan itu diikuti dengan kemudahan, setiap ujian dan kegagalan hidup itu ada jalan keluarnya bagi orang yang bertaqwa. Lupakah engkau dengan qada' dan qadar Tuhan? Sahabat, hidup ini adalah amanah yang bukan milikmu sahaja, ada perkaitan dengan Tuhan, manusia dan makhluk Allah yang lain. Bukanlah satu kegagalan di dalam hidup jika engkau kesandung pada kali ini, malahan jika ia datang berkali-kali di dalam hidup.


Tidakkah engkau lihat, bagaimana burung yang tidak berakal itu pada paginya tidak mempunyai apa-apa, sepulang sahaja pada petangnya, ia membawa makanan. Dari mana ia mendapatkan rezeki itu jika tidak ia berusaha dan yakin untuk mencarinya? Bahawa beburung yang berterbangan itu tidak ada yang menahannya kecuali Allah.

Lihat sahaja wahai sahabat, semut yang menangung beban gula 2 kali ganda berat badannya, tetap juga diusungnya dengan gigih dan sabar. Sesekali rezeki itu hilang entah kerana ada gangguan di jalanan, terlepas lagi makanan untuk rakyatnya. Tidak pula ia berundur dengan tangan kosong sahaja, tetap juga ia bertasbih dan bertahmid kepada Allah tanda syukur. Pernahkah kita melihat semut ini membunuh dirinya sendiri hanya kerana ia gagal mendapatkan makanan? SubhanaLlah! Alangkah hebatnya Allah menjadikan binatang sekecil itu untuk dijadikan perbandingan kepada manusia.
Jangan pula engkau berani membuat hukuman buat dirimu sendiri padahal ia bukan hakmu untuk berbuat demikian. Sekali lagi kukatakan bahawa nyawa, jasad, rerambut, kuku malahan kulit ini bukanlah milik kita. Tidak mampu kita untuk memberi alasan apa di hadapan Tuhan di hari perhitungan nanti... belajarlah untuk menjadi seorang yang redha dan syukur di atas taqdirNya.

Sungguh Allah Maha Tahu mengapa Dia memberikan ujian kegagalan dan dugaan kepada kita. Terkadang dengan kejayaan boleh melalaikan kita untuk ingat kepadaNya, berapa ramai yang menjadi takbur dengan kejayaan, dengan kekayaan seperti fir'aun yang bongkak dan mengaku dirinya Tuhan!! Allah memerintah Iblis untuk sujud (hormat) kepada Adam, tetapi ia congkak dengan kehebatan kejadian dirinya dari api dan Adam itu dari tanah. Sekurang-kurangnya jika engkau hilang segalanya dalam hidup, tetapi masih ada cahaya di dalam hati iaitu iman kepada Allah. Dikala itu, di hadapan Tuhan nanti, masih ada jawapan yang kukuh untuk engkau berikan agar selamat dari seksaan neraka....

Allah membuat gedung bagi para pencintaNya, lotengnya adalah susah dan gundah sedangkan mudharat adalah tiangya, Allah masukkah mereka ke dalamnya dan mengunci pintunya. Dia katakan pada mereka : Sabar itu kunci pintunya.

http:// jarumemas. blogspot. com

0

:: Tanam Tak Betul,..Tanam Tak Jadi ::



Penulis:HaaJim


A'uzubillahi minas syaitan nirrajim.

Bismillah hirrahman nirrahim

Allahumma sholli 'ala Muhammad. Allahumma sholli'ala sai'idina Muhammad. Allahumma sholli'ala sai'idina wamaulana Muhammad

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarokatuh.

'Emak' beri sebiji benih disuroh tanam.Sebelum ditanam.Tanah itu mestilah diratakan.'Bapa' haruslah bekerja keras siang dan malam. Cukup masanya dapatlah sekeluarga merasai hasilnya.Namun ada juga yang bercucok tanam bertahun tahun kesudahanya,.. "tanam tak betul,..tanam tak jadi".Tak jadi itu bukan sebab tak tanam.Tetapi cara menanamnya yang tak betul. Maka itu haruslah betul barulah jadi. Seperti apa yang dikehendaki 'emak'.

Kerja tanam itu, kerjanya 'bapak.Kenapa kerja itu diserahkan kepada budak budak. Apalah yang budak budak itu tahu.Maka tanaman itu menjadi juga tetapi, kepada yang lain.Ibarat kata; "Tanam padi tumbohnya lalang". Lihatlah resmi lalang itu semakin tinggi semakin tegak.Mana ada isi untuk dijadikan makanan sekeluarga.Tak seperti resmi padi.Semakin tinggi semakin tunduk.Berisi pulak.

Dulu sudah dikatakan kenapa tak belajar ilmu bercucok tanam.Carilah guru yang boleh menunjuk ajar cara caranya hendak bercocok tanam. Jangan pula mencari kepada guru yang menunjukkan jalan jahanam. Disurohnya tanam waktu malam,..si murid tanam waktu siang.Mana boleh jadi sebab tidak seperti guru yang asli.Sia sialah kalau ilmu setinggi universiti.Laku hanya didunia. Akhirat besok nilainya dibaham api.Hidup tak hidup,...mati pun tak mati.

Saya cakap ini janganlah saudara marah marah. Hendaklah fahamkan segala dalil,qias,mithal dan iktibar.Kalau belajar cara begini, dipondok pondok kampong dulu dulu memang banyak.Sekarang pula sudah banyak kota, banyak pula yang cakap tetapi tidak dikota. Balik kampong lagi baik.Pak tani boleh tunjuk ajarkan cara cara hendak bercocok tanam. Hingga tanaman itu menjadi. Jadi,.. yang kena jadi balik setitik. Barulah tanaman itu baik dan cantik. Jika ada yang bertanya "anak siapa tu"?... Jawablah,..Itulah dia 'anak',,.... 'emak' 'bapak'. Anak siapa lagi.

0

:: SEBUAH KEHIDUPAN ::



“Dalam soal berumah tangga, janganlah terlalu memilih dan hanya mencari yang paling sempurna. Jika kita mahu yang paling sempurna, maka nanti apabila kita membuat keputusan untuk menerima seseorang, kita menganggapnya sebagai seorang yang sempurna. Jika rumah tangga dibina atas fikiran seperti itu, kita tidak expect sebarang kekurangan. Maka selepas berumah tangga, hanya kekurangan isteri sahajalah yang sering terlihat di mata, kerana kita menjangkakan kesempurnaan. Terimalah seseorang, seadanya. Kebaikannya disyukuri, kekurangannya diredhai”

0

:: MENGUBAH DENGAN TANGAN ::

Oleh Ustaz Muhammad Haniff Hassan

Abu Sa`id Al-Khudri meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud

“Barangsiapa di antara kamu melihat kemunkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Jika dia tidak mampu, maka hendaklah dia mengubahnya dengan mulutnya dan jika tidak mampu, maka dengan hatinya. Yang demikian itu adalah selemah-lemahnya iman.” (Riwayat Muslim)

Petunjuk-petunjuk

1. Mengubah kemunkaran dengan tangan bermaksud mengubahnya dengan kuasa yang ada kerana tangan adalah kiasan bagi kuasa. Oleh itu, pelaksanaan langkah ini dalam dakwah perlulah dikaitkan dengan persoalan bidangkuasa (authority / jurisdiction) kerana seseorang itu tidak boleh menjalankan sesuatu atas dasar kuasa kecuali mengikut bidangkuasa yang dia ada.

Oleh itu juga, konsep mengubah dengan tangan ini perlulah dikaitkan dengan konsep ulil amri (mereka yang berkuasa). Hanya ulil amri dalam bidangkuasanya sahaja yang berkuasa untuk mengubah kemunkaran dengan tangan. Sebagai contoh, bapa ialah ulil amri dalam keluarga, maka dia mempunyai kuasa untuk mengubah kemunkaran dengan tangan dalam keluarganya setakat bidangkuasa yang syariah berikan kepadanya. Masalah kemunkaran sosial adalah tanggungjawab pemerintah kerana ia adalah bidangkuasanya, maka dialah yang berkuasa untuk melakukan perubahan dengan tangan.

2. Sesiapa yang tidak mempunyai bidangkuasa maka dia tidak bertanggungjawab untuk mengubah kemunkaran dengan tangan. Memahami hakikat ini adalah penting kerana kegagalannya boleh mengakibatkan langkah-langkah tindakan yang boleh merosakkan kestabilan serta mengakibatkan pelanggaran prinsip keadilan atas nama dakwah. Atas dasar ini, tindakan kumpulan-kumpulan tertentu menyerang pusat-pusat maksiat dan pelaku maksiat di negara-negara tertentu adalah tindakan yang tidak betul kerana ia tidak mempunyai bidangkuasa untuk melakukannya dan mencetuskan kemudaratan bagi banyak pihak.

3. Walaupun, Islam menganjurkan mengubah kemunkaran dengan tangan namun ia mestilah tetap dilakukan dengan hikmah dan beradab. Ia bukan alasan bagi sesiapa untuk menggunakan kekerasan atau keganasan.

4. Mengubah kemunkaran dengan tangan juga tidak semestinya dilakukan melalui tindakan bersenjata.

5. Untuk mengubah dengan tangan, prinsip tadarruj (beransur-ansur) dalam perubahan juga mestilah dipelihara. Keharusan mengubah dengan tangan bukan bermakna kemunkaran itu mesti dihilangkan dengan segera atau serta merta.

6. Proses mengubah dengan tangan juga terikat dengan dasar ikut kemampuan. Tidak boleh melakukan perubahan melebihi dari kemampuan dan keupayaan yang ada kerana ia akan menatijahkan mudarat.

7. Anjuran mengubah kemunkaran dengan tangan yang dinyatakan dalam hadits ini mestilah dilihat sebagai salah satu dari banyak pertimbangan dalam melaksanakan dakwah. Ertinya pelaksanaan perintah ini mestilah dilihat bersamaan dengan prinsip-prinsip dakwah yang lain seperti prinsip hikmah, tadarruj, pertimbangan maslahat dan mudarat dan keutamaan sebagaimana yang dicontohkan di atas.

0

:: PERIBADI MUSLIM ::

MUNAJAT

AURAT

AL-QURAN

0

:: ZUHUD ::

Ya Allah...berikanlah cahaya kepada hatiku..moga aku meletakkan dunia di tanganku dan akhirat di hatiku...ameen...

0

:: SEBARKAN SALAM ::



Salam adalah salah satu dari asma Allah swt. Mengucapkan salam, baik
kepada orang yang Anda kenal maupun yang tidak Anda kenal akan
membangkitkan rasa aman, mempererat ikatan, dan menumbuhkan rasa
cinta. Rasulullah sendiri telah berwasiat tentang itu. Dari Abu
Hurairah ra., ia berkata bahwa Rasul bersabda,

"Kamu tidak akan masuk surga hingga kamu beriman, dan kamu tidak
beriman hingga kamu saling mencintai (karena Allah). Apakah kamu
maujika aku tunjukkanpada satu perkara jika kamu kerjakan perkara
itu maka kamu akan saling mencintai? Sebarkanlah salam di antara
kamu!" (HR. Muslim)

Dengan begitu, Rasulullah saw. telah meletakkan ta-ngan kita pada
satu kunci yang amat penting. Mengucap atau menjawab salam akan
dapat memberikan gambaran seberapa jauh orang itu iltizam dengan
ajar an Islam. Ada perbedaan yang amat besar antara orang yang
mengucapkan "Salam" lalu dijawab dengan "Salam" dengan orang yang
mengucapkan "Assalamu'alaikum wa rahmatullahi wa barakatuh" lalu
dijawab dengan "Wa'alaikumus- salam wa rahmatullahi wa barakatuh".
Ada beberapa orang yang tatkala Anda
mengucapkan "Assalamu 'alaikum", mereka menjawab dengan "Sela-mat
Pagi" atau "Selamat Datang", atau dengan jawaban-jawaban yang lain.
Dengan mengucap dan menjawab salam, Anda dapat mengenal orang lain
dan mengetahui tingkat konsistensi mereka terhadap ajaran agama.
Sebagian orang ada yang mengucapkan salam sebagaimana seorang
komandan militer memerintah anak buahnya, padahal mengucapkan salam
merupakan ucapan selamat yang tersusun dari untaian kata-kata yang
sangat indah, yakni "as-salam" (kesejahteraan) , "arrahmah" (rahmat),
dan "al-barakah" (berkah). Ucapan salam hendaknya keluar dari lubuk
hati yang paling dalam dan dikeluarkan dengan disertai pera-saan
kasih sayang, karena tujuan dari sebuah perkenalan adalah pernyataan
hati.

Dari Abu Dzar ra., la berkata bahwa Rasulullah saw.
bersabda, "Janganlah sekah-kali kamu meremehkan kebaikan, meskipun
hanya berupa keceriaan wajah tatkala bertemu dengan saudaramu." (HR.
Muslim)

Menjawab salam hukumnya wajib. Kita akan dapat membuat orang yang
mengucap salam itu bersimpati kepada kita, yaitu tatkala dengan
sikap tanggap kita menjawab ucapan salam tersebut dengan ucapan
salam yang lebih baik dan dengan tatapan wajah yang dihiasi dengan
senyuman.

Allah swt. berfirman, "Apabila kalian diberi penghormatan dengan
suatu penghormatan, maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih
baik daripadanya atau balaslah penghormatan itu (dengan yangserupa).
Sesungguhnya Allah selalu membuat perhitungan atas tiap-tiap
sesuatu." (An-Nisa': 86)

Mengucapkan salam tidak terbatas pada orang yang kita kenal saja,
tetapi lebih dianjurkan kepada orang yang belum kita kenal agar
lebih memperluas perkenalan dan ukhuwah islamiah.

Dari Abdullah bin Mas'ud ra. bahwa ada seorang laki-laki bertanya
kepada Rasulullah saw., "Di antara ajaran Islam manakah yang paling
baik?" Rasulullah saw. menjawab, "Memberi makan dan mengucap salam
kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal."
(Muttafaqun 'Alaih)

Para sahabat ra. adalah generasi yang paling paham terhadap nilai
dan maksud ajaran ini. Dengan metode itulah generasi ini dapat
merangkul banyak orang. Dari Thufail bin Abu Ka'ab ra. bahwa ia
datang menemui Abdullah bin Umar ra., lalu keduanya pergi ke pasar.
Thufail menceritakan, "Tidaklah Ibnu Umar melewati orang di tengah
jalan atau menjual barang da-gangan atau orangorang yang lain,
kecuali la mengucap salam kepada mereka. Pada hari yang lain saya
datang ke tempat Abdullah bin Umar, kemudian ia mengajakku ke pasar.
Saya menjawab, 'Apayang akan Anda perbuat di pasar? Anda tidak
membeli, tidak bertanya tentang harga barang, tidak menawar, dan
tidak duduk di tempat-tempat duduk (yang ada di pasar)? Lebih baik
kita duduk-duduk di sini dan bercakapcakap. ' Abdullah bin Umar
menjawab, 'Wahai Abu Bathan (panggilan bagi Thufail ra.), kita
berjalan demi mengucapkan salam pada setiap orang yang kita
jumpai.'" (HR. Malik dan Al-Muwatha' dengan sanad yang shahih)

Mengucap salam di suatu tempat yang asing bagi kita, pada saat kita
sangat membutuhkan seorang teman, akan memberikan perasaan aman bagi
kita dan membuat orang yang berhadapan dengan kita merasa simpati.
Ada pepatah kuno mengatakan, "Seandainya bukan karena salam yang kau
ucapkan sebelum kau berbicara, niscaya aku telah memakan dagingmu
sebelum memakan tulangmu."

Dari Abu Hurairah ra., sesungguhnya Rasulullah saw. bersabda, "Yang
mengendarai kendaraan hendaklah mengucapkan salam kepada yang
berjalan kaki, yang berjalan kaki hendaklah mengucapkan salam kepada
yang duduk, yang sedikit mengucapkan salam kepada yang banyak, dan
yang muda mengucapkan salam kepada yang tua. Keutamaan orang yang
lebih dahulu mengucapkan salam adalah sangat besar."

Dari Umamah ra., la berkata bahwa ada seorang yang bertanya kepada
Rasulullah saw., "Ya Rasul, di antara dua orang yang bertemu,
manakah yang lebih dahulu mengucapkan salam?" Rasul menjawab, "Yang
lebih mencintai Allah swt."

Dari Abdullah bin Mas'ud ra., ia berkata bahwa Rasulullah saw.
bersabda, "'As-salam' adalah salah satu dari asma Allah yang
diletakkan di bumi, maka sebarkan salam di antara kamu." (HR.
Bukhari)

Di antara taujih Khalifah Umar bin Khathab ra. adalah, "Tiga hal
yang dapat membuat kecintaan saudaramu terhadapmu menjadi tulus
(hanya karena Allah) ialah, lebih dahulu mengucapkan salam,
memanggilnya dengan panggilan yang ia sukai, dan memberikan tempat
duduk dalam satu majelis." "Menjadi tulus" adalah sebuah ucapan
indah yang dapat membersihkan rasa cinta dari tujuan duniawi.

0

:: DOA::

0

:: KEHIDUPAN ::

0

:: AlKISAH ::

Sdikit Coretan dari ustaz dzul didalam blognya...


KISAH 1 (Seorang Pakcik Di Terengganu)
Saya bertemu seorang pakcik di sebuah masjid di Terengganu.
Wajahnya bersih amat, dan terpamer ketengan sejati hasil
simbahan amal ibadat di raut wajahnya.
Katanya kepada saya, ”Saya pernah keluar bersama Tuan Guru Nik Aziz.
Pada malamnya, sy tersedar dua pagi, saya lihat Tuan Guru sedang solat.

Tiga pagi lebih, Tuan Guru masih bersolat.
Esoknya saya tanyakan Tuan Guru secara berbisik-bisik.
Tuan Guru minta saya merapatinya sehingga lutut kami berlaga.
Lalu saya tanyakan apakah rahsia kekuatan beliau sehinggakan dalam keadaan penat pun masih mampu untuk berjaga sepanjang malam dengan hanya sedikit sahaja tidurnya.

Kata Tuan Guru, “Dunia ini bukan tempat untuk tidur.
Kalau kamu nak tidur, ha, nanti tidur sepuas-puasnya di akhirat kelak.”


Pakcik itu kelihatan tenang sekali menceritakan hal tersebut kepada saya,
seraya memberikan sedikit signal yang mudah saya fahami,
bahawa dia juga sentiasa berjaga malam bermula jam tiga pagi.
Saya pegang cerita tersebut dan semat dalam hati,
seraya beristighfar kepada Allah sambil menginsafi kelemahan diri.

KISAH 2 (Nasihat Ayah Nik)
Ayah Nik memanggil saya untuk mencurahkan sedikit nasihat.
Bapa saudara saya ini memang seorang yang agak disegani dalam keluarga kami.
Banyak butiran kata yang terpancul dari mulutnya sebagai
satu bekalan tersimpan untuk saya.
Katanya, kenapa dilaungkan
takbir empat kali sewaktu azan. Rahsianya adalah,
setiap takbir itu adalah bertujuan menyeru kepada empat elemen penting dalam badan manusia iaitu HATI, URAT, DARAH dan DAGING
supaya semuanya tunduk kepada kekuasaan Allah dan mengerjakan solat.
Tambahnya lagi, setiap kali kita mengambil wudhu’,
kita mesti memahami rahsia wudhu’.
Dibasuh tangan, agar Tuhan membersihkan tangan daripada kekotoran dosa,
dibasuh mulut untuk membersihkan mulut daripada kotoran mengumpat dan mencela dan begitulah seterusnya. Saya teruja jadinya, lalu saya dapat merasakan dosa
bagaikan gunung besar menghempap diri saya
lalu lumatlah saya ditndih dosa yang tidak kunjung padam.


0

ADAKAH KAU LUPA??

dulu islam dijunjung....tapi sekarang??
sama2 koreksi diri..adakah Rasulullah ada dalam rumah kita?dalam keluarga kita
Hayati sirah Rasulullah...sirah perjuangan baginda..suka duka baginda dalam menyampaikan dakwah...moga kita menjadi rantai2 yang menyambung perjuangan baginda...



0

WANITA....


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram,
bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya,
malah maruah wanita mukmin keseluruhannya.
Harga diri wanita terlalu mahal.
Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar
dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian,
ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.
Begitu juga diumpamakan dengan wanita,
Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat
bersesuaian dengan garisan syarak.
Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk
mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita,
alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya,
sekurang- kurangnya dengan memakai tudung.
Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.
Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan.
Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat- pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai,
namun pemakaiannya masih
tidak lengkap dan sempurna.
Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan
sebagainya. Ada yang memakai tudung,
tetapi pada masa yang sama memakai
kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya.
Pelbagai warna dan
pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula
dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit
pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam
majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan
bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja
menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang
wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan
wanita, dan tidak berhias-hias yang
mana akan menjadikan daya tarikan
kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi
wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih
berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun
bertudung, tetapi semakin membesarkan
riak dan bangga dalam diri. Sombong
makin bertambah. Jalan mendabik dada.
Terasa tudung kitalah yang paling
cantik, up-to-date, sofistikated,
bergaya, ada kelas dan sebagainya.
Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai
tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita
tidak merasakan diri ini hina, banyak
berdosa dengan Tuhan mahupun dengan
manusia. Kita tidak terasa bahawa
menegakkan syariat dengan bertudung
ini hanya satu amalan yang kecil yang
mampu kita laksanakan. Kenapa hati
mesti berbunga dan berbangga bila
boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau
tidak bersembahyang. Ada orang yang
bertudung tapi masih lagi berkepit dan
keluar dengan teman lelaki . Ada orang
bertudung yang masih terlibat dengan
pergaulan bebas. Ada orang bertudung
yang masih menyentuh tangan-tangan
lelaki yang bukan muhramnya. Dan
bermacam-macam lagi maksiat yang
dibuat oleh orang-orang bertudung
termasuk kes-kes besar seperti zina,
khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh
orang-orang yang sebegini. Orang Islam
lain yang ingin ikut jejak orang-orang
bertudung pun tersekat melihat sikap
orang-orang yang mencemari hukum
Islam. Mereka rasakan bertudung atau
menutup aurat sama sahaja dengan tidak
bertudung. Lebih baik tidak bertudung.
Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar
hati untuk masuk Islam kerana sikap
umat Islam yang tidak menjaga
kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun
bertudung, perangai mereka sama sahaja
dengan orang-orang bukan Islam. mereka
tidak nampak perbezaan agama Islam
dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan
tudung untuk dakwah orang lain. Selama
ini kita tidak sedar diri kitalah agen
bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah
Islam. Dakwah kita bukan seperti
pendakwah lain tapi hanya melalui
pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak
terus memperbaiki diri zahir dan batin
dari masa ke semasa, kitalah punca
gagalnya mesej Islam untuk
disampaikan. Jangan lihat orang lain.
Islam itu bermula dari diri kita
sendiri. Ini tidak bermakna kalau
akhlak belum boleh jadi baik tidak
boleh pakai tudung. Aurat, wajib
ditutup tapi dalam masa yang sama,
perbaikilah kesilapan diri dari masa
ke semasa. Tudung di luar tudung di
dalam (hati). Buang perangai suka
mengumpat, berdengki, berbangga, ego,
riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung
tidak terlepas dari tanggungjawab
setiap wanita Muslim. Samada baik atau
tidak akhlak mereka, itu adalah antara
mereka dengan Allah. Amat tidak wajar
jika kita mengatakan si polanah itu
walaupun bertudung, namun tetap
berbuat kemungkaran. Berbuat
kemungkaran adalah satu dosa, manakala
tidak menutup aurat dengan menutup
aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-
elaklah diri dari suka bertengkar.
Hiasi diri dengan sifat tolak ansur.
Sentiasa bermanis muka. Elakkan
pergaulan bebas lelaki perempuan.
Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir
dengan teman lelaki. Serahkan pada
Allah tentang jodoh. Memang Allah
sudah tetapkan jodoh masing-masing.
Yakinlah pada ketentuan qada' dan
qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita
tingkatkan amalan lain. Cuba jangan
tinggal sembahyang lagi terutama dalam
waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi
orang yang lemah-lembut. Buang sifat
kasar dan sifat suka bercakap dengan
suara meninggi. Buang sikap suka
mengumpat, suka mengeji dan mengata
hal orang lain. jaga tertib sebagai
seorang wanita. Jaga diri dan maruah
sebagai wanita Islam. Barulah nampak
Islam itu indah dan cantik kerana
indah dan cantiknya akhlak yang
menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk
mengamalkan Islam. Dengan ini, orang
bukan Islam akan mula hormat dan
mengakui "Islam is really beautiful."
Semuanya bila individu Islam itu sudah
cantik peribadinya. Oleh itu wahai
wanita-wanita Islam sekalian, anda
mesti mengorak langkah sekarang
sebagai agen pengembang agama melalui
pakaian.

Selamat beramal..