Ahad, Februari 24, 2008

:: KULIAH MAGHRIB ::


Ni sekadar catatan ana tuk ingatan bersama masa ana hadiri kuliah maghrib kat kolej...ana terlewat ke musolla disebabkan sdikit musyaqqoh...jadi ana dapat skit jerla penerangan ustaz malam tu....


Tajuk hari tu bab solat...kebetulan masa ana hadir ustaz tengah menerangkan bagaimana hendak menghadirkan hati semasa solat...salah satunyana adalh memberi sepenuh tumpuan kepada ibadah tersebut. lintasan hati boleh merosakkan solat yang berpunca daripada perkara dalaman dan luaran..


Untuk perkara luaran ialah perkara yang boleh menyentuh pendengaran, jadi elakkan daripada solat ditempat yang bising..mesti solat seboleh2nya jauh daripada orang..yang kedua pulak, disebabkan oleh penglihatan yang zahir seperti gambar-gambar disekeliling kita...jadi untuk hilangkan pandangan mata ni, dengan memejam mata sebentar...hilangkan perkara yang difikirkan. selain tu..semasa nak solat tu, pastikan solat dihadapan dinding yang akan membataskan pandangan mata kita. jauhkan daripada solat dihadapan laluan orang. disamping tu, sejadah yang diguna hendaklah tidak terlalu banyak warna atau corak, yang boleh menghilangkan tumpuan kita semasa solat..seelok2nya sejadah yang bewarna putih...


Manakala perkara kedua yang boleh menghilangkan tumpuan ialah perkara batin...ini kena guna inisiatif sendiri,,hilangkan perasaan takabur, sombong..anggap kita ni hina bila berdepan dengan Allah...


Jadilah sama2lah kita solat dalam hanya satu keadaan iaitu kekhusyukan dan berkekalan hati kerana Allah.



* Ni nasihat : Redha dengan maksiat seolah-olah diri sendiri melakukan maksiat itu, jadi selemah2 iman adalah benci dalam hati.



wallahua'lam

0 komeng:

Catat Ulasan