Sabtu, Mac 22, 2008

:: AlKISAH ::

Sdikit Coretan dari ustaz dzul didalam blognya...


KISAH 1 (Seorang Pakcik Di Terengganu)
Saya bertemu seorang pakcik di sebuah masjid di Terengganu.
Wajahnya bersih amat, dan terpamer ketengan sejati hasil
simbahan amal ibadat di raut wajahnya.
Katanya kepada saya, ”Saya pernah keluar bersama Tuan Guru Nik Aziz.
Pada malamnya, sy tersedar dua pagi, saya lihat Tuan Guru sedang solat.

Tiga pagi lebih, Tuan Guru masih bersolat.
Esoknya saya tanyakan Tuan Guru secara berbisik-bisik.
Tuan Guru minta saya merapatinya sehingga lutut kami berlaga.
Lalu saya tanyakan apakah rahsia kekuatan beliau sehinggakan dalam keadaan penat pun masih mampu untuk berjaga sepanjang malam dengan hanya sedikit sahaja tidurnya.

Kata Tuan Guru, “Dunia ini bukan tempat untuk tidur.
Kalau kamu nak tidur, ha, nanti tidur sepuas-puasnya di akhirat kelak.”


Pakcik itu kelihatan tenang sekali menceritakan hal tersebut kepada saya,
seraya memberikan sedikit signal yang mudah saya fahami,
bahawa dia juga sentiasa berjaga malam bermula jam tiga pagi.
Saya pegang cerita tersebut dan semat dalam hati,
seraya beristighfar kepada Allah sambil menginsafi kelemahan diri.

KISAH 2 (Nasihat Ayah Nik)
Ayah Nik memanggil saya untuk mencurahkan sedikit nasihat.
Bapa saudara saya ini memang seorang yang agak disegani dalam keluarga kami.
Banyak butiran kata yang terpancul dari mulutnya sebagai
satu bekalan tersimpan untuk saya.
Katanya, kenapa dilaungkan
takbir empat kali sewaktu azan. Rahsianya adalah,
setiap takbir itu adalah bertujuan menyeru kepada empat elemen penting dalam badan manusia iaitu HATI, URAT, DARAH dan DAGING
supaya semuanya tunduk kepada kekuasaan Allah dan mengerjakan solat.
Tambahnya lagi, setiap kali kita mengambil wudhu’,
kita mesti memahami rahsia wudhu’.
Dibasuh tangan, agar Tuhan membersihkan tangan daripada kekotoran dosa,
dibasuh mulut untuk membersihkan mulut daripada kotoran mengumpat dan mencela dan begitulah seterusnya. Saya teruja jadinya, lalu saya dapat merasakan dosa
bagaikan gunung besar menghempap diri saya
lalu lumatlah saya ditndih dosa yang tidak kunjung padam.


0 komeng:

Catat Ulasan