0

Ziarah Dakwah



Pertama kali dalam hidupku, hari ini aku bersama sahabat2 yang lain mengikuti rombongan ziarah dakwah keluarga muallaf...Alhamdulillah, dapat juga aku bergiat dengan aktiviti luar setelah sekian lama bgelumang dgn buku2...

Untuk ke lokasi, aku dan mas menumpang ukhti Laila, memandangkan keretanya masih belum penuh..Seusai tiba di rumah tersebut setelah melalui jalan yang agak memeningkan kepala, sedikit terkejut apabila melihat keadaan rumah tersebut,2 tingkat, kayu dan agak usang...Kami dijemput masuk oleh tuan rumah tersebut, first time masuk rumah yang agak dhoif seperti itu...Lebih kurang 20 orang sukarelawan yang ikut serta ziarah dakwah tersebut..ruangan rumah yang kecil tersebut dipenuhi oleh kami, masing2 mungkin agak terkejut suasana di dalam rumah tersebut. Justify Full

Ustazah yang mengetuai rombongan menceritakan tentang kehidupan keluarga tersebut sambil di iyakan oleh kak Noorain, isteri muallaf. Menurut ustazah, keluarga tersebut sangat dhoif sehinggakan anak2nya tidak dapat pergi ke sekolah. Selain itu, faktor persekitaran yang agak 'menggerunkan' amat tidak sesuai untuk anak2nya membesar di rumah tersebut.

Oleh itu, menerusi bantuan badan NGO iaitu Yayasan Amal, kakak tersebut akan dipindahkan ke rumah yang baru, dan lebih dekat dengan sekolah bagi memastikan anak2nya tidak membesar dalam suasana seperti itu...Keluarga kakak itu akan dibantu dari segi kerohanian dan material.

Alhamdulillah, beberapa sumbangan daripada muslimat diberikan kepada keluarga kak Noraini..dan minggu hadapan kami akan bersama2 untuk memindahkan kakak tersebut ke rumah yang baru, yang lebih baik...

Mg2 aku dapat mengikuti lagi misi kemanusiaan seperti ini...membantu yang memerlukan...

0

UJIAN..

"Ape agaknya brite facebook malam ni erk?"getus hatiku...sambil meneliti kandungan facebook, tiba2 mataku terpaku pada mesej yang dihantar oleh abang sulungku..."HARI NIE POK LONG JAK NGAN ANAKNYA MUIN KEMALANGAN DEKAT BATU 23 JLN. KUALA BERANG.KEDUA-DUANYA MASIH LAGI KOMA. SEKARANG BERADA DI ICU HSNZ, KUALA TERENGGANU. DOAKAN KESELAMATAN MEREKA"...terkejut aku...pak sedara aku xcident? Ya Rabb..berdebar2 hatiku sambil aku mencapai telefon usangku...menelefon ibu tersayang...."Assalammu'alaikum...mok..pokcik jak xcident ke?"terus aku menyoal ibuku tatkala kedengaran hello dari emak...."Ho, mok baru balik dari pittal la ni..." jawab ibuku...lantas bertubi2 soalan aku tanya bkenaan xcident tersebut...memang sangat2 terkejut apabila orang terdekat xcident....


Emak menceritakan satu persatu..pokcik dan anaknya hendak ke pasar kuala berang untuk menjual lada yang ditanamnya. Semasa perjalanan, entah macammana, tanpa saksi, sebab jalan tersebut tiada rumah orang, dan jalan yang tengah dibaiki...motor yang dinaiki oleh pokcik dan anaknya melanggar hilux...dari cerita emak, malam sabtu tu, muit dibedah kepala kerana terdapat darah beku di kepalanya..kedua2nya masih lagi koma. Tidak dapat ku bayangkan keadaannya, bagaimana perasaan ahli keluarganya yang lebih dekat dgn mereka...sambil mendengar penerangan emak..tetiba jer aku rasa sebak..Ya Allah, beratnya ujian yang menimpa ahli keluarga pakcikku...

Emakku menyambung lagi ceritanya, kerana terlalu kuatnya hentakkan pelanggaran tersebut sehinggakan beberapa batang gigi pokcik sampai masuk dalam perut...Innalillahi wainna Ilaihi Rojiun...sehingga kini pokcikku tak sedar2kan diri. Doktor pun xbagi ahli keluarga melawat memandangkan keadaannya masih lagi kritikal.. YA Allah, selamatkanlah kedua2 hambaMU itu, panjangkanlah usia mereka Ya Rabb...

Sebagai hamba, kita tidak tahu bilakah lagi giliran kita..mg2 sebelum ajal menjemput, bekalan yang dibawa sudah mencukupi... Ya Rabb, panjangkanlah usia kami supaya dapat kami mengutip bekalan yang secukupnya untuk datang mengadapMU....

0

::SAAT2 INTERVIEW::

Baru-baru ini aku telah menghadiri temuduga SPP di Pusat Kegiatan Guru, Miri. Berdebar-debar rasa hati tatkala masuk ke perkarangan Pusat tersebut. Pagi itu aku dihantar oleh suami tercinta, lewatla dia ke tempat kerja gara-gara hantar isteri yang manja ni..hehe.Kelihatan beberapa orang guru sedang menunggu di luar memandangkan Pusat itu belum dibuka lagi. Biasala, waktu pejabat pukul 8pg, dalam surat yang kami dapat pukul 7.30. Lebih kurang satu jam jugak kami menunggu diluar. Semasa menunggu, aku tidak melepaskan peluang untuk berkenalan dengan beberapa orang cikgu. Almaklumlah, aku sorang-sorang, so, kena ramahla skit. Nanti terpinggirla jadinya..


Sebaik sahaja kerani membuka pejabat pukul lapan, kami diarahkan untuk masuk dan naik ke tingkat satu. Disitu kami ditempatkan dalam satu bilik khas. Sementara menunggu giliran, kami dipanggil sorang demi sorang oleh kak fasi bagi mengemaskinikan sijil-sijil dan borang yang dikehendaki. Alhamdulillah, semua fail aku lengkap dan tidak ada sebarang masalah. Kami kemudiannya dimaklumkan bahawa terdapat 2 bilik interview, satu bilik pintu hijau, satu bilik pintu coklat. Alhamdulillah, aku dikehendaki masuk ke bilik yang pintunya coklat,penginterview adalah perempuan, kalau bilik hijau,pengintreviewnya lelaki. Selamat-selamat..

Sambil menanti giliran, sempat lagi aku study beberapa fakta-fakta penting yang mungkin ditanya semasa interview nanti. Aku tidak melepaskan peluang untuk berkenalan lebih mendalam lagi dengan cikgu-cikgu yang hadir interview. Kebanyakkan cikgu disitu adalah dari sekolah rendah. sambil itu aku berbincag tentang nota-nota interview. Teman perbincangan aku adalah cikgu Tiong, banyak jugak dia fotostat nota.hehe..aku main salin jer dalam buku.

Akhirnya tibala giliran aku. Dengan berdebar-debar, aku melangkahkan kaki menuju ke pintu coklat. Aku mengetuk pintu, tapi tiada siapa pun buka. Almaklumlah, time interview, sape yang nak bukak..hehe..masuk jugak aku ke dalam bilik tersebut. Dengan wajah yang control bdebar-debar, aku melebarkan senyuman dan memberikan salam. Aku diarahkan duduk.

Aku diminta untuk memperkenalkan diri. Kemudian, bermulala soalan. Soalan yang berkaitan dengan dunia IT aku..adus..satu benda yang aku terlupa nak bace, tapi nasib baik aku masih ingat yang interview dulu2 semasa nak posting…SEKOLAH BESTARI..apa itu sekolah bestari?aku mengagahkan diri menjawab. Ayat lintang pukang jer rasanya..adus..soalan lain yang ditanya…semasa di university, apa subjek yang kamu telah belajar dalam pendidikan IT?jawab, jangan tak jawab..adus.Memandangkan aku mengajar geografi, sejarah n psk, PUAN meminta aku memberi contoh macam mana aku mengaplikasikan IT dalam P&P tersebut? Dia meminta aku memberi tajuk P&P yang telah aku ajar dan kaitan dengan perkara yang berlaku di dunia. Adus..jenuh jugak aku menjawab seperti aku mengajar dalam kelas... Sehinggakan dia meminta aku menjawab soalan bukannya bertanya padanya semula. ..hehe..soalan banyak berkisar tentang P&P Geografi.

Seterusnya, dia meminta aku menjelaskan tentang isu-isu semasa yang berlaku pada hari ini. Aku jawabla isu tentang MBMMBI. Dia meminta aku menjelaskan lagi bagaimana kaedah nak memartabatkan BM dan memperkasakan BI. So, Alhamdulillah, soalan ni aku dapat jawab memandangkan aku dah ulangkaji lebih awal..hehe..ada lagi soalan lain, tapi tak ingat..rasa2nya sampai 30 minit jugak aku di interview. Pesanan terakhir penginterview tersebut, meminta aku buktikan pada sekolah yang aku ni suka bergaul dengan guru-guru lain dan meminta aku membuat laman web sekolah, seperti yang diminta oleh pengetua..hehe..tu soalan berkaitan dgn kegiatan kokurikulum di sekolah…

Sebelum keluar bilik, sempat lagi aku bersalaman dengan PUAN tersebut. Alhamdulillah, lega rasa hati walaupun jawapan yang aku jawab tunggang tebalik skit, cover ayat gannu sebenarnye..hehe..

Aku terus telefon suami memberitahu sudah habis di interview. Beberapa minit kemudian suamiku datang dan aku pun dihantar pulang ke rumah. Alhamdulillah, moga natijanye baik..ameen.


Selesai interview dunia, boleh jawab lintang pukang pun,xde orang nak marah..tapi kalau interview akhirat, salah jawab, kena pukul..huhu..koreksi diiri, kena sentiasa prepare utk interview akhirat kerana waktu interview tidak dinyatakan bila. So, hari-hari kena bersedia....

0

Mak...Ayah...Rindunye....


"Sekarang ni, cikgu nak kamu semua tutup mata!Siapa yang bukak mate, cikgu akan bagi dimerit!"arahku pada student-student setia ku...Tajuk PSK hari itu berkaitan refleksi diri, Bab Hubungan Kekeluargaan. Jadi, dgn idea yang tetiba jer terlintas, aku mengarahkan pelajar-pelajarku berbuat demikian. Dgn keterpaksaan, mereka menutup mata walaupun ada jugak beberapa mata yang masih terbuka..Bila diugut dgn demerit, mereka terus tutup...hehe..ugutan gurauan...


Aku meneruskan bicaraku..."Sekarang ni, cuba kamu bayangkan, apa mak ayah kamu sedang buat sekarang ni,Apa yang mak kamu buat kat rumah, dan apa yang ayah kamu buat di tempat kerja?Bayangkan"...ada beberapa suara yang muncul..."cikgu, mak saya takde kat rumah, mak saya kat tempat kerja, so, macammana cikgu?" laung beberapa suara dgn mata yang tertutup...masing-masing tergelak....termasuk aku...adus, getus hatiku..camne nak buat idea ni erk...erm..."Ok, cuba bayangkan apa mak kamu buat kat rumah hujung2 minggu?"pelajar tergelak dgn arahan aku itu...."OK, cikgu nak kamu tutup mulut, dan tutup mata, dgr arahan cikgu!"arahku bagi mengurangkan kebisingan kelas. Aku meneruskan lg bicaraku yg spontan untuk membuat pelajar menangis..tapi x begitu berjaya..hehe..sepatutnya aku buat plan betul2...walaupun ada beberapa orang yang menangis....kesian pulak...tapi saje2 nak minta mereka menrefleksi diri tentang susah payah mak ayah mencari rezeki semata-mata ingin melihat anak mereka berjaya...

"Kamu ni xde perasaan ke?,tapi xpe...ada jugak beberapa orang yang ada perasaan..." Komen aku, xpuas hati sebenarnye...studentku asyik gelak jer..erm, terbatas skit nak buat ayat memandangkan majoriti studentku bukan Islam...Takpe...lainkali aku akan buat lagi..dengan ayat yang lebih "power"..hehe...

Tu la..lainkali kena ada persediaan betul...tapi nak wat camne kan, biasanya idea ku akan datang saat2 akhir..bila nampak situasi student camne, baru la aku terfikir nak buat refleksi camtu...walaupun lesson plan lain, tapi skurang2nya beberapa objektif dah tercapai...Dan pelajar tak boring dgn P&P bpusatkan guru semata-mata...

Beberapa nasihat yang aku berikan pada studentku, agar tidak melupakan jasa mereka...dan tidak pinggirkan mereka bila mereka sudah tua...teringat tentang peristiwa di klinik gigi...suatu hari, semasa di klinik gigi, aku, mak dan adik2 terlihatla beberapa orang pekerja perempuan, yg usianya lebih kurang usia mak aku, sedang mengutip sampah di waktu panas terik..mak aku lalu melontarkan beberapa pertanyaan...dgn loghat gannu..."mung sanggup dok biar kalu mok keje gittu, walaupun anak2 doh keje?" satu pertanyaan yang penuh seribu makna...tidak sesekali wahai ibuku...kalau boleh, aku nak mak ayah goyang kaki jer kat rumah...tapi nak wat camne..ayahku kena gagahkan lagi kudratnya, walaupun usianya semakin meningkat..bagi memastikan anak2nye semua masuk U...adik2ku 4 orang lagi masih dibangku sekolah...sekolah rendah dan sekolah menengah..dan sorang baru jer habis STPM..tu pun nanti memerlukan duit..sorang lagi x habis lagi study kat UTP..perlu ditanggung jugak...kami berempat yang da bekerja, tapi duit xsempat nak simpan..kos sara hidup tinggi...si adik baru posting, xdapat gaji lagi..so,mane yang patut, aku bantu...setakat mane yang mampu..

Nak jugak kumpul duit utk pbelanjaan mak ke tanah suci memandangkan mak belum pergi lagi ke sana..tapi tak bleh nak menabung lagi stakat ni...mg2 dimurahkan rezeki kami...terima kasih mak..terima kasih ayah..berkat doa kalian..dan penat jerih kalian...3 orang anak2 mu menjadi guru....dan akan menyusul lagi beberapa orang tak lama lagi..insyaAllah..ameen

0

MUHASABAH CINTA


Wahai... Pemilik nyawaku
Betapa lemah diriku ini
Berat ujian dariMu
Kupasrahkan semua padaMu

Tuhan... Baru ku sadar
Indah nikmat sehat itu
Tak pandai aku bersyukur
Kini kuharapkan cintaMu

Reff. :
Kata-kata cinta terucap indah
Mengalun berzikir di kidung doaku
Sakit yang kurasa biar jadi penawar dosaku
Butir-butir cinta air mataku
Teringat semua yang Kau beri untukku
Ampuni khilaf dan salah selama ini
Ya ilahi....
Muhasabah cintaku...

Tuhan... Kuatkan aku
Lindungiku dari putus asa
Jika ku harus mati
Pertemukan aku denganMu



Inilah lagu yang sentiasa berkumandang di telingaku tatkala suamiku tersayang memasang laptopnye..Syok sungguh dia memasangnya, sehinggakan dijadikan lagu utama dalam blognye..Setelah aku amati lirik lagu ini, baru ku tahu, betapa indahnye bait-bait lagu tersebut...Itulah yang menjadi penyebab suamiku selalu memasang lagu ini...

Muhasabah Cinta..muhasabah diri...betapa kerdilnya diri ini...bila-bila masa saja nyawa ini boleh ditarik...teringat dengan peristiwa yang mengejutkan warga UPSI..seorang adik, Fadhiri, yang dulu pernah kami melakukan gerak kerja Islam bersama, telah meninggalkan kami semua dalam satu kemalangan di T. Malim...terkejut bila mendengar kejadian tersebut...kemalangan yang melibatkan lori..memang sungguh ngeri apabiula mendengarnya..

Almaklumlah, jalanraya UPSI tu banyak dikunjungi oleh lori-lori besar...pernah jugak masa zaman2 muda dulu, merempit sorang-sorang, bila nampak lori besar kat belakang, terus ke tepi dan memperlahankan motor..takut jugak kalau gajah lawan dengan semut..

Peristiwa yang menyayat hati tadi berlaku pada 440 pagi, 11 Januari 2010, di mana adik tersebut baru pulang dari stesen keretapi dengan motor bersama kawannya, yang juga turut maut dalam kejadian tersebut...Perginya 2 orang pejuang Islam yang banyak menolong dalam memartabatkan Islam di UPSI...Al-fatihah buat mereka..

0

:: 2010 dan Sekolah::

(1 Anggerik dalam kenangan)

Setelah lama tidak mencoret, maka tergerak hatiku untuk mencoret. alhamdulillah, da satu bulan aku mengajar pada tahun ini, sudah banyak pengalaman yang dapat sebagai seorang murobbi. Kerja yang mulia, tapi jika salah digunakan, boleh jadi buruk akibatnye.

Tahun ini, aku diberi tugasan untuk mengajar subjek geografi tingkatan 2, sejarah tingkatan 1 dan pendidikan sivik dan kewarganegaraan ting 2. Mula-mulanya aku rasakan tugasan ini sangat berat, memandangkan memang teramat jauh lari dari subjek yg sepatutnya diajar, tetapi, alhamdulillah, ada hikmah di sebaliknya. Dengan kemahiran IT yang aku ada, aku boleh mengajar merentas IT. Agak rumit untuk aku mengajar merentas pendidikan Islam memandangkan kebanyakkan pelajar adalah bukan Islam, dalam satu kelas, tidak sampai sampai 10 orang yg Islam. Kadang-kadang aku cuba juga untuk menyelitkan nilai-nilai Islam walaupun tidak secara detail dan terbatas.

Walaupun ramai yang bukan Islam, tetapi aku amat kagum dengan mereka, sebab nilai hormatnye lebih daripada yang pelajar Islam. Ucapan "salam sejahtera" sentiasa bermain di bibir mereka apabila bertembung denganku, walaupun kadang-kadang apabila terserempak dengan pelajar Islam, ucapan yyang sama juga yg diucap,"salam sejahtera cikgu". Kalau ada yang berkesempatan, aku tegur mereka, memandangkan mereka bertemu dengan guru Islam, dan aku mengharapkan ucapan "assalamu'alaikum" itu menjadi budaya untuk pelajar Islam.

(1 Cempaka dalam kenangan)

Banyak kelas yang aku ajar adalah kelas yang baru, pelajar yang baru. Hinggakan pelajar yang aku ajar tahun lepas tertanya-tanya.." cikgu, kenapa tidak ajar kelas kami lagi?"..apa jawapan ku? hehe...kadang-kadang aku jawab..."pergi tanya pengetuala..."..dan satu lagi ..."kamu nakal sangat, cikgu tak nak ajar kamu lagi"...saja berseloroh dengan pelajar2 ku yang kadang-kadang nakal..tapi hormat pada cikgu...Kadang-kadang apabila aku melalui kelas mereka, walaupun ada cikgu lain di dalam kelas, sempat lagi menegur aku..aduhai...anak didik ku...suka bersenda gurau..terkilan jugak tidak dapat mengajar lagi kelas yang dulu aku pernah ajar...tapi, ada hikmahnye..pelajar tidak lupa pada cikgu walaupun tidak mengajar kelas mereka lagi.Baru aku mengetahui, nilai seorang guru di mata pelajar.

Moga-moga pelajarku dapat menjadi golongan yang terdidik dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek...JERI...hehe..subjek yang pernah dipelajari kat U dulu..dan terdap di dalam falsafah pendidikan...

0

PRODUK HERBA



Hampir semua orang mengamalkan memberus gigi sebelum mandi dan kemudian bersarapan.

Dalam konteks kesihatan, kita digalakkan supaya mengamalkan minum segelas air putih setiap pagi sebelum membersih gigi atau mengamalkan meminum air bercampur limau diikuti dengan meminum tiga hingga empat gelas air putih.

Amalan ini adalah bertujuan untuk ‘membersihkan’ usus dengan membuang toksin di dalam badan.

Itu adalah saranan Dr Yasmeen Haji Mohammed dari Malaysia, berkelulusan doktor falsafah (PhD) dalam jurusan tumbuh-tumbuhan (botanis) yang pernah tinggal di dalam hutan untuk membuat penyelidikan.

Beliau adalah seorang pakar herba dan tumbuh-tumbuhan dan antara lain bertugas menghasilkan produk- produk kosmetik dan kesihatan dengan menggunakan bahan-bahan asli.

Dr Yasmeen yang juga penasihat Permata HijrahEnterprise, sebuah syarikat pengeluaran toner mata yang salah satu bahan yang digunakan adalah air zamzam, berada di sini bagi menyampaikan ceramah Selembut Dakapan Alam di Masjid AlKhair, baru-baru ini.

Majlis anjuran bahagian Muslimah Masjid AlKhair itu turut mengadakan pemeriksaan mata percuma oleh Permata Hijrah.

Dr Yasmeen berkata: ‘Dulu kita digalakkan minum air yang berunsurkan alkali seperti air hujan yang turun dari langit. Namun hari ini kita tidak digalakkan menadah air hujan sebab sebelum sampai di bumi, air hujan itu telah dikotori dengan pelbagai bahan pencemaran udara seperti asap.

‘Mungkin kita tidak sedar bahawa air liur mengandungi alkali, sebab itu apabila kita makan, kita mengunyah dulu dan air liur akan bertindak mematikan kuman yang terdapat dalam makanan.

‘Kuman tidak boleh hidup dalam air yang mengandungi alkali. Sebab itulah toner mata keluaran Permata Hijau menggunakan air alkali bagi mengelak kuman hidup dalam mata.’

Dr Yasmeen menarik perhatian bahawa untuk menjaga mata ialah melakukan senaman mata selain memakan buah ‘billberry’.




Menyentuh tentang makanan seimbang, beliau berkata tubuh badan memerlukan makanan sihat seperti sayuran yang mendapat cahaya matahari terbit sebanyak 90 peratus, sedangkan manusia hanya mendapat 10 peratus saja sinarannya.

Justeru, menurutnya, manusia digalakkan makan sayur-sayuran terutama yang berwarna hijau yang dapat menyihatkan tubuh badan. Pada masa yang sama kita juga memerlukan vitamin C iaitu sekurang- kurangnya 1,000 gm atau enam biji oren.

Jika kita tidak dapat menyediakan 1,000 gm vitamin C sehari, maka amalkan makan vitamin tambahan bagi mengelakkan masalah sembelit dan sakit urat.

Menurutnya, kalau terasa sakit pinggang, amalan memakan blackcurrant adalah baik untuk menambah vitamin C, manakala jika hendak ‘mencuci’ usus pula, minum jus belimbing besi dan peria katak yang dikisar sendiri boleh membantu.

‘Jika anda dapati peria katak itu pahit rasanya, rendamkannya dengan air garam dan kemudian cuci bersih. Amalkan tiap tiga kali seminggu agar anda dapat merasakan manfaatnya,’ ujarnya.

Dr Yasmeen berkata jika anda sering sakit kepala, petuanya ialah dengan merendam daun bunga raya dalam air, kemudian ramas daun itu sebelum menyapunya di atas kepala. Lendiran daripada daun itu pula boleh digunakan untuk sakit kulit.


Sate adalah hidangan istimewa apabila anda menjamu selera bersama keluarga, sedangkan tanpa kita disedari hangusan daging sate yang dibakar mengandungi karbon. Jadi sebab itulah hidangan sate disajikan dengan timun agar dapat mencegah ketumbuhan akibat karbon tersebut.

‘Mi segera yang mempunyai pelbagai jenama memang cepat dimasak dan mudah dimakan, sedangkan ia berbahaya. Bagaimanapun ia kurang elok kerana mi segera diselaputi bahan kimia,’ jelas Dr Yasmeen.

Beliau turut menegaskan bahawa amalan meminum minuman sejuk berais akan menambahkan kemudaratan badan sebaliknya jika badan terasa panas, rebus serai wangi dengan daun pandan, kemudian minum airnya.

sumber : http://www.rediesh.com/untuk-pengetahuan-anda/manfaat-herba#more-651

0

CERITA TAULADAN (MUHASABAH DIRI)


Di suatu masa dahulu, terdapat seorang alim ulamak yang tersohor kerana ilmu dan amalannya. Beliau adalah seorang penghafal Al-Quran dan juga penghafal beribu-ribu hadith sahih semenjak kecil lagi. Dan semenjak kecil lagi,beliau telah di hantar oleh kedua ibu dan bapanya untuk menuntut di Mekkah dan Madinah selama berpuluh tahun lamanya.

Bapanya juga adalah seorang alim ulamak yang pernah mengembangkan agama Islam sampai ke negara selatan Siam,Mengikut ceritanya, bapanya adalah orang pertama di zaman moden ini yang bukan daripada warga Arab Saudi diberi penghargaan mengimamkan solat fardhu di Masjidil Haram, Mekkah. Nak dijadikan cerita, pada suatu masa, alim ulamak tersebut telah jatuh sakit lalu tidak dapat untuk mengimamkan solat fardhu di suraunya.

Maka tiba-tiba datanglah seorang yang berpakaian buruk (seolah-olah kelihatan tidak siuman) sejurus sebelum solat fardhu di laksanakan.Alim ulamak tersebut telah meminta supaya orang yang berpakaian buruk tersebut untuk menggantikannya menjadi imam! Setelah solat fardhu selesai, maka orang yang berpakaian buruk tersebut telah memohon untuk mengundur diri. Kelihatan senyuman terukir pada wajah murid - murid alim ulamak tersebut kerana semasa sembahyang fardhu tadi, orang yang berpakaian koyak tersebut tidak membaca surah fatihah dan surah yang lain dengan tajwid yang betul.Mereka tidak biasa dengan keadaan sebegitu kerana guru mereka, yaitu alim ulamak tersebut, adalah seorang yang fasih dalam berbahasa arab serta mempunyai bacaan tajwid yang sungguh baik sekali (maklumlah seorang al-hafiz dan sudah berpuluh tahun belajar di Mekkah).

Maka alim ulamak tersebut telah bersalaman dan berpelukan dengan orang yang berpakaian buruk tersebut sebelum orang yang berpakaian buruk meninggalkan surau. Setelah itu, alim ulamak memanggil keseluruh muridnya berkumpul dihadapannya lalu beliau telah bercerita :Pernah berlaku di suatu kampung di timur tengah dimana terdapat seorang pengembala kibas yang sangat alim, sangat suka merendahkan diri dan suka menolong penduduk kampung sekiranya di minta pertolongan. Cuma yang peliknya, ternakan kibasnya yang di kurung didalam sebuah kandang yang serdehana besar itu tidak pernah luak walau banyak mana sekalipun orang datang untuk membeli kibas daripadanya. Belilah sampai seratus ekor sekalipun, setelah kibas-kibas tersebut di bawa keluar daripada kandang,yang tinggal di dalam kandang tetap kelihatan sama banyak bilangannya seperti sebelum seratus ekor di bawa keluar daripada kandang!

Maka seluruh alim ulamak penduduk kampung telah beranggapan bahawa pengembala kibas tersebut adalah seorang aulia' Allah dan mereka telah bermuafakat untuk pergi berjumpa dengan pengembala kibas tersebut dan memohon supaya dia mengimamkan solat dimasjid kerana mereka mahu mengambil berkat menjadi makmum kepada pengembala kibas tersebut.Hasrat mereka telah di persetujui oleh pengembala kibas. Sembahyangpun di laksanakan di masjid, dan pengembala kibas telah menjadi imam.Malangnya, semasa membaca surah fatihah dan surah berikutnya, bacaan beliau tidak sempurna tajwidnya.

Maka setelah selesai sembahyang,seluruh penduduk kampung telah pulang kerumah masing -masing sambil ketawa terbahak-bahak kerana mereka berfikiran bahawa tanggapan mereka terhadap pengembala kibas sebelum ini sebagai aulia'Allah telah jauh meleset.Pada malam tersebut, seluruh alim ulamak penduduk kampung telah bermimpi,dan mereka mendapat mimpi yang sama. Datang seorang lelaki yang tinggi dan kacak di dalam mimpi mereka dan lelaki tersebut telah mengatakan bahawa seumur hidup mereka bersembahyang, itulah baru kali pertamanya sembahyang mereka telah diterima Tuhan!Subhanallah! Keesokan harinya, kesemua alim ulamak penduduk kampung berkumpul di masjid untuk menunaikan sembahyang subuh dan setelah selesai sembahyang subuh mereka terus menuju ke kandang pengembala kibas. Malangnya,pengembala kibas telah tiada, kandang dan kibasnyapun telah tiada.Bekas kandangpun tiada, seolah-olah kandang kibas tidak pernah wujud!

Setelah selesai menceritakan kisah pengembala kibas, maka kebanyakan anak muridnya telah menangis kerana mereka tahu mereka telah membuat kesalahan kerana telah mendahalui Allah dengan merendahkan amalan makhluk Allah yang lain, sedangkan mereka sendiri tidak tahu akan kedudukan mereka di sisi Allah.Allah Ta'ala telah berfirman yang sekira - kira bermaksud :"Janganlah engkau semua melagak - lagakkan dirimu sebagai orang suci. Allah adalah lebih mengetahui kepada siapa yang sebenarnya bertaqwa.(SurahAn-Najm : 32)

sumber : http://dakwahilahi.blogspot.com/2007/02/cerita-tauladan-untuk-muhasabah-diri.html

0

MUHASABAH UNTUKKU



Semakin hari, umur kita semakin meningkat.Semakin banyak pengalaman hidup yang telah kita lalui sama ada yang pahit ataupun manis. Bertambah banyak ikatan ukhwah yang kita telah jalinkan.Semakin banyak tempat yang kita lawati. Akan tetapi adakah iman kita semakin meningkat? Adakah amal soleh yang kita lakukan semakin bertambah?Adakah ibadah yang kita lakukan semakin banyak?Dan adakah dosa kita semakin menjulang tinggi? Koreksi diri..muhasabah diri kita..




Sama-sama kita istighfar, merenung sejenak. Adakah sudah cukup bekalan yang akan kita bawa nanti? Mampukah kita menjawab soalan mungkar nakir nanti?Apakah azab yang akan kita lalui nanti?Mampukah kita meniti titian siratal Mustaqim?Bersediakan kita untuk mengadap Allah nanti? Mampukah kita??

Mari merenung lagi...adakah kita menyempurnakan hak2 saudara2 kita? Adakah kita menyakiti hati kedua orang tua kita?Adakah kita menyakiti orang yang ada disekeliling kita? Hanya kita dan Allah yang tahu.....

Marilah sekali lagi kita perbanyakkan istighfar....semoga Allah mengampunkan dosa2 kita. Jangan kita meremeh2kan dosa kecil, kerana sikit2 lama2 jadi bukit..yg sedikit itula apabila ditimbun,maka akan menjadi banyak juga..

0

CUTI SEKOLAH TIBA LAGI

Alhamdulillah, akhirnya cuti sekolah tiba juga..tetapi sedikit terkilan kerana tidak dapat balik kampung seperti sahabat2 yang lain.Almaklumlah, zauji bukannye seorang guru, cuti pun terbatas.So,tidak dapatla untuk menghabiskan cuti kat kampung bersama mak ayah dan adik2..Tetapi, insyaAllah, 12hb dis nanti kami akan pulang dalam masa satu minggu, memandangkan cuti zauji ada 4 hari jer lagi utk dihabiskan utk tahun ini.




First time raye haji diperantauan dan tanpa keluarga disisi. Cuma kelainannya ada zauji di sisi. Raya berdua jer, sayu rasa hati bila raye 2 orang jer. Kalau duk kat kg bleh gak pi umah saudara mara, rumah tok,tokwan...tapi kalau kat sini..satu buah rumah sahabat jer bleh beraye..maklumlah ramai yg balik kg...





Hari ulangtahun kami (29 Nov) disambut bersama penduduk pedalaman Sarawak. Walaupun tidak diwar2kan, tapi alhamdulillah, setelah dihitung, usia perkahwinan kami cukup 1 tahun..tetapi masih kesunyian,tanpa kehadiran seorang permata hati(belum direzkikan lagi), mungkin ini ujian dari Allah, utk menguji kesabaran hambaNya..


Kehadiran insan baru penyeri hidup kami amat dinanti-nantikan. Semoga kami dikurniakan anak yang soleh,yang akan meneruskan perjuangan ummah ini...Perkenankan Ya Rabb...

1

:: MERANTAU KE MIRI ::



13 April, bermulanya tugas aku sebagai seorang guru di bumi kenyalang ini.Alhamdulillah,aku dipostingkan dekat dengan tempat suamiku bekerja, semuanya rezki Allah yang tidak disangka-sangka. Syukur sangat-sangat. Bermula la satu cabaran baru, mengajar student yang majoritinya orang Iban..sebagai guru Geografi...hehe..tpaksa mengajar luar dari bidang, tetapi best jugak ngaja Geo ni..banyak benda baru yang kita tahu tentang kejadian Tuhan..

0

:: BERAKHIRNYA PERJUANGANKU DI UPSI ::

Alhamdulillah, setelah 4 tahun berjuang di bumi Perak, akhirnya pada 16 Mac, aku dikurniakan segulung ijazah...saat yang paling bahagia apabila konvo kali ini dihadiri oleh kedua orang tuaku, dan adikku serta kawannya..dan tidak lupa insan yang tersayang,suamiku. Almaklumlah time diploma dulu, ayah jer datang...lepas tu menangis sorang-sorang sebab ayah mai kejap je n terus balik bila abis majlis...tengok kuarga lain yang bergambar, haru dibuatnya time tu..Syukurla kali ini, perkara itu tidak berulang lagi..
Terima kasih mak, thank u ayah, xie xie ya, dan syukran abang..

0

Anak Didik KU



0

Tahajud


Solat Sunat Tahajjud
www.iLuvislam.com
oleh: thaqif


Amalan solat sunat yang paling utama di sisi Islam ialah solat tahajjud. Sabda Nabi saw:

أفضل الصيام بعد رمضان ثهر الله المحرم وأفضل الصلاة بعد الفريضة صلاة الليل

“Puasa paling utama selepas Ramadan ialah puasa(sunat) pada bulan Allah iaitu Muharram. Sedangkan solat paling utama selepas solat fardu ialah solat malam (tahajjud)”. (Sahih Muslim, Kitab al-Syiam no.1163)



Solat tahajjud ialah solat sunat pada waktu malam selepas Isyak –sebelum masuk Subuh. Namun, waktu paling utama bertahajjud ialah 1/3 malam terakhir (kira-kira 3.00 pagi – masuk Subuh). Solat ini biasanya diganding dengan solat sunat witir sebagai penutup.

Dalil disyariatkan tahajjud ialah firman Allah swt :

ومن الليل فتهجد به نافلة لك عسى أن يبعثك ربك مقاما محمودا

“dan bangunlah pada sebahagian malam serta kerjakanlah tahajjud di waktu itu sebagai solat tambahan semoga Tuhanmu membangkit & menempatkanmu pada hari akhirat di tempat terpuji”. (al-Isra’: 79)

Dalil lebih utama dibuat 1/3 malam ialah sabda Nabi saw:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة لى السماء الدنيا حين يبقى ثلث الليل الآخر.يقول : من يدعونى فأستجيب له من يسألنى فأعطيه من يستغفرنى فأغفر له

“Tuhan kita Tabaraka waTaala turun setiap malam ke langit dunia ketika masih berbaki 1/3 malam yang akhir. Allah berfirman : sesiapa berdoa kepada-Ku, pasti Aku makbulkannya , sesiapa meminta kepada-Ku, pasti Aku memberinya , sesiapa mohon ampun kepada-Ku, pasti Aku ampuninya”. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1145)


CARA SOLAT SUNAT TAHAJJUD

- Boleh dilakukan 2 rakaat tanpa had tertentu. Malah, solat sunat witir 1 rakaat juga dikira tahajjud. (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1137)

- Jumlah paling utama ialah tak lebih 11 atau 13 rakaat kerana itulah amlan Nabi saw. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 736 & Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1140)

Boleh juga dibuat 4 rakaat, 4 rakaat kemudian witir 3 rakaat (Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no. 1147). Samada 2 tahiyat 1 salam atau 4 rakaat sekaligus 1 salam. Jika solat 4 rakaat 1 salam, setiap rakaat hendaklah dibaca surah atau ayat al-Quran sesudah al-Fatihah.


SUNNAH TAHAJJUD

- Niat sebelum tidur hendak solat sunat itu. Jika sudah berniat tapi tak bangun, Allah tetap kurniakan pahala tahajjud. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1763)

- Hilangkan mengantuk dengan bersugi & berdoa:

لا له لا الله وحده لا شريك له.له الملك وله الحمد وهو على كل شئ قدير. الحمدلله وسبحان الله ولا له لا الله والله أكبر ولا حول ولا قوة لا بالله

Kemudian ucapkan :

اللهم اغفرلى

(Sahih Bukhari, Kitab at-Tahajjud no.1154)

Atau baca 10 ayat terakhir surah Ali Imran. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 763)

- Mengerjakan solat 2 rakaat yang ringan sebelum bertahajjud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 768 & Fath Bari, al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani jld 6 m/s273)

- Solat ini lebih utama dilakukan di rumah sendiri bukan di masjid kerana Nabi saw biasa melakukannya di rumah. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir Wa Qasruha no. 781)

- Mengejutkan ahli keluarga untuk turut bertahajjud bersama. (Sunan Nasaie, Kitab Qiyam al-Lail no. 1592)

- Memanjangkan berdiri dengan membaca surah panjang & melamakan sujud. (Sahih Muslim, Kitab Solat al-Musafir wa Qasruha no. 756 – Sahih Bukhari

0

KELEBIHAN SYA'BAN


Bulan Syaaban adalah bulan kelapan menurut kiraan takwim Hijriyyah yang padanya mempunyai 28 hari. Syaaban bermaksud bercerai-berai. Dinamakan Syaaban kerana di dalam bulan ini masyarakat Arab pada ketika itu bertebaran ke merata-rata tempat untuk mencari air disebabkan kemarau yang berpanjangan.

Bulan Syaaban merupakan di antara bulan yang mulia dan mempunyai beberapa kelebihan dan keistimewaan tertentu padanya. Padanya digalakkan untuk memperbanyakkan ibadat sepertimana di bulan Ramadhan, Rejab, Muharam dll juga. Di samping itu juga bulan Syaaban ini adalah bulan untuk persediaan bagi menyambut ketibaan bulan Ramadhan.

Masyarakat Arab ada menggambarkan kemuliaan bulan Syaaban ini dengan beberapa huruf dan ertinya yang tersendiri antaranya:

01. Kemuliaan darjat Rasulullah S.A.W. di atas kurniaan bulan Syaaban kepadanya sehingga dinamakan bulan ini adalah bulan Nabi S.A.W.

02. Keperkasaan dan ketinggian.

03. Kebaikkan dan kebajikan yang dilakukan pada bulan ini akan mendapat ganjaran pahala yang besar daripada Allah Taala.

04. Kasih-sayang dan kemesraan.

05. Cahaya keimanan dan cahaya ibadat yang dikurniakan oleh Allah Taala kepada hambaNya yang bertakwa.




ANTARA PERISTIWA DI BULAN SYAABAN

01. Berkata Imam Nawawi: Hari Nisfu Syaaban pada 15 haribulan tahun kedua Hijrah telah berlaku pertukaran kiblat umat Islam.

Iaitu dari Masjid al-Aqsa ke Kaabah di Masjid al-Haram.

02. Berlaku peperangan Bani Mustalik pada tahun kelima Hijrah. Kemenangan berpihak kepada Islam.

03. Berlaku peperangan Badar yang terakhir pada tahun keempat Hijrah.


ANTARA AMALAN DI BULAN SYAABAN

Memperbanyakkan puasa sunat.

Saidatina Aisyah berkata:

Aku tidak pernah melihat Rasulullah S.A.W. menyempurnakan puasa sebulan penuh melainkan pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda memperbanyakkan berpuasa sepertimana pada bulan Syaaban.

(Riwayat Bukhari dan Muslim)

Saidatina Aisyah berkata:

Nabi Muhammad S.A.W. tidak banyak berpuasa melainkan pada bulan Syaaban dan baginda telah berpuasa sebulan penuh pada bulan Sya’ban. Dan adalah baginda bersabda: Lakukanlah amalan yang mana kamu mampu membuatnya maka sesungguhnya Allah tidak membebankan (mewajib) kamu sehingga kamu merasa berat dengan bebanan. Dan apa yang disukai oleh Rasulullah S.A.W. adalah sembahyang (sunat) yang sentiasa dibuat sekalipun sedikit. Dan adalah baginda apabila mendirikan sembahyang maka baginda sentiasa berterusan di dalam berbuat demikian.

(Riwayat Bukhari dan Muslim).

Melazimi Berzikir dan Berdoa

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Doa merupakan otak kepada ibadat.

(Riwayat at-Tarmizi).

Saidatina Aisyah berkata:

Adalah Rasulullah S.A.W. mengingati Allah (berzikir kepada Allah) setiap masa.

(Riwayat Muslim).

Sentiasa Bertaubat dan Beristigfar

Firman Allah Taala bermaksud:

Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah wahai orang-orang yang beriman supaya kamu berjaya.

(Surah an-Nur: ayat 31).



KELEBIHAN MALAM NISFU SYAABAN

Adapun antara kelebihan malam Nisfu Syaaban itu ada disebutkan di dalam beberapa hadis. Di malam Nisfu Syaaban juga adalah di antara malam-malam yang dikabulkan doa.

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah menjenguk datang kepada semua makhlukNya di malam Nisfu Syaaban maka diampunkan dosa sekalian makhlukNya kecuali orang yang menyekutukan Allah atau orang yang bermusuhan.

(Riwayat Ibnu Majah, at-Thabrani dan Ibnu Hibban).

Sabda Rasulullah S.A.W. bermaksud:

Allah mencurahkan kebajikan pada empat malam iaitu malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam Nisfu Syaaban dan malam Arafah.

(Riwayat Baihaqi).

Berkata Imam Shafie:

Telah sampai pada kami bahawa dikatakan: Sesungguhnya doa dikabulkan pada lima malam iaitu: Pada malam Jumaat, malam Raya Haji, malam Raya Puasa, malam pertama di bulan Rejab dan malam Nisfu Syaaban.

Berkata Imam Ghazali:

Sesungguhnya sunat muakkad (sunat yang amat digalakkan) menghidupkan hari siang dan malam yang mempunyai kelebihan antaranya malam Nisfu Syaban.

0

Kisah Orang yang BErakal...



Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu kembali berambut dan diberikan harta yang banyak. Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar sebagai peminta sedekah.

Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu." Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan. Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya. Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur. Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang asal.

MORAL & IKTIBAR

* Allah mengurniakan kesenangan dan keselesaan adalah sebagai ujian untuk melihat siapakah di antara mereka yang bersyukur
* Manusia yang bersyukur Allah akan tambah kurniaan sebaliknya manusia yang kufur akan diazab oleh Allah
* Manusia seringkali lupa daratan apabila diberikan kemewahan dan kesenangan
* Sangat sedikit hamba Allah yang bersyukur
* Siapa yang tidak bersyukur kepada manusia, dia tidak akan bersyukur kepada Allah
* Allah memberi kurnia kepada sesiapa yang dikehendakiNya dan menarik nikmat daripada siapa sahaja yang dikehendakiNya
* Sifat syukur adalah satu sifat yang terpuji, sebaliknya kufur (kufur nikmat) adalah sifat yang dicela oleh Allah.

0

1 JUJUR




Inilah aksi pelajar satu jujur time ana mengajar...adus...happy go lucky sungguh


erm, alhamdulillah...masih ada 3 minggu lagi ana kat sekolah ni...11/09/2008...insyaAllah..akan tamatlah sem 8 ..sekaligus, tamatlah pengajaran ku di upsi..lepas ni tunggu posting la pulak...dan meraikan hari peristiwa yg bakal kunjung tak lagi..insyaAllah...apapun2..mesti lepas ni akan merindui BUDIMAN..pelajar2 1 jujur, 1 amanah, 2 karisma, 1 mulia dan 1 bijak...walaupun terpaksa bersabar dengan kerenah mereka, tetapi akhirnya ana dapat juga pengalaman mengajar mereka..dan pasti akan merindui mereka semua...

0

BUDIMAN



Suasana di BUDIMAN....

1

sekolah..

alhamdulillah, da masuk 6 minggu aku berada di sekolah kat jitra ni..banyak pengalaman yang dapat...mula2 ngajaq kat sini, rasa cam cepat nak abis jer..tapi bila da masuk minggu ke 6 ni..semakin seronok mengajaq...walaupun terpaksa pening kepala untuk mengawal kelas yg belakang2 ni..form 1..n form 2...tapi tu la la pengalaman..

caqbaran mengajar budak2 yg masih mentah ni memang banyak perlukan kesabaran...
untuk kawal kelas, masih lagi fail...Ya Allah berilah kekuatan dan kesabaran pada hambaMu ini..Bayangkan...cikgu2 lain masuk kelas tu, murid2 semua diam..blaja dengan senyap..tapi, bila ana masuk...Allahu Robbi...ada yang berjalan2...abis reng buat muka bekeng...tapi....:(..fail..hehe...adus...mereka siap buat lawak lagi tu...tu yang tak tahan.....

erm...stakat ni dulu coretan...ada kelas...hehe...

0

Solat Sebelum Maut Menjemput