Jumaat, April 11, 2008

:: SIAPAKAH MEREKA? ::


Siapakah orang yang sibuk? Orang yang
sibuk adalah orang yang tidak mengambil
berat akan waktu solatnya seolah-olah
ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan
Nabi
Sulaiman a.s

Siapakah orang yang manis senyumanya?
Orang yang mempunyai senyuman yang
manis adalah orang yang ditimpa musibah
lalu dia kata "Inna lillahi wainna
illaihi rajiuun." Lalu sambil
berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan
ketentuanMu ini", sambil mengukir
senyuman.

Siapakah orang yang kaya? Orang yang
kaya adalah orang yang bersyukur dengan
apa yang ada dan tidak lupa akan
kenikmatan dunia yang sementara ini.

Siapakah orang yang miskin? Orang yang
miskin adalah orang tidak puas dengan
nikmat yang ada sentiasa menumpuk-
numpukkan harta.

Siapakah orang yang rugi? Orang yang
rugi adalah orang yang sudah sampai
usia pertengahan namun masih berat
untuk melakukan ibadat dan amal-amal
kebaikan.

Siapakah orang yang paling cantik?
Orang yang paling cantik adalah orang
yang mempunyai akhlak yang baik.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang paling luas? Orang yang mempunyai
rumah yang paling luas adalah orang
yang mati membawa amal-amal kebaikan di
mana kuburnya akan di perluaskan
saujana mata memandang.

Siapakah orang yang mempunyai rumah
yang sempit lagi dihimpit? Orang yang
mempunyai rumah yang sempit adalah
orang yang mati tidak membawa amal-amal
kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.

Siapakah orang yang mempunyai akal?
Orang yang mempunyai akal adalah orang-
orang yang menghuni syurga kelak kerana
telah mengunakan akal sewaktu di dunia
untuk menghindari siksa neraka.

0 komeng:

Catat Ulasan